MR. KAYASHIMA

Friday 16 November 2012

Forest of Fireflies~

Salam all...

Aku just bagi review skit pasal cerite yang aku baru tengok tadi...tacing.... Cerita die mengisahkan tentang seorang manusia dengan 'seorang' spirit. Cerita ni best.

Mengisahkan tentang bagaimana seorang kanak-kanak perempuan, Hotaru yang  tersesat dalam hutan lalu bertemu Gin, 'seorang' spirit yang berbentuk seperti remaja lelaki manusia.  Gin pun menolong Hotaru dengan membawa dia keluar dari hutan tersebut. Namun Gin mempunyai satu kelemahan iaitu dia tidak boleh disentuh oleh manusia. Jika dia menyentuh atau disentuh oleh manusia, dia akan hilang. Hilang = Disappeared.

"No matter what, don't touch me Gin."

Semenjak dari peristiwa itu, sepanjang musim panas, Hotaru akan datang ke hutan tersebut untuk bermain-main bersama Gin. Tetapi apabila habis sahaja musim panas, Hotaru terpaksa balik ke rumahnya sebab hanya masa cuti musim panas sahaja dia duduk di rumah pak cik dia.

Setiap tahun pada setiap cuti musim panas, Hotaru akan datang ke rumah pak cik dia. Jadi, hanya pada musim panas sahaja dia dapat bertemu dengan Gin. Perkara ini berlaku tiap-tiap tahun sehinggalah Hotaru masuk sekolah menengah. Apabila Hotaru dah sekolah menegah, Hotaru perasan bahawa Gin xpernah membesar. Umur dan sifat fizikal Gin tetap sama seperti yang dia jumpa waktu kecil dulu.

Berjalan time perayaan musim panas~

Kat sini dapatlah digambarkan bahawa mereka ni jatuh cinta antara satu sama lain namun mereka xboleh bersentuhan. Jika tidak Gin akan hilang.

So, korang rase ape akan terjadi? Rase-rase diorang bercinta x? Kalau nak tau, cariklah cerita ni..tengok... Hahaha... Boleh ke manusia bercinta dengan spirit?

Cerita ni aku bagi 3.5 bintang daripada 5 bintang...yeahhh..

Tengoklah...

Daa~


Wednesday 14 November 2012

Gentlemen's Dignity~

Salam all..

Recently aku ade tengok satu cerita drama korea yang bertajuk Gentlemen's Dignity. Cerita tu mengisahkan tentang kehidupan 4 orang lelaki, Kim Do Jin, Im Tae San, Lee Jung Ruk dan Choi Yoon yang telah berkawan baik sejak sekolah menengah sampailah umur mereka mencecah 41 tahun, persahabatan mereka tetap kekal walaupun umur dah meningkat.
Aku sangat kagum dan jeles dengan friendship mereka. Tak kira apa pun yang berlaku, diorang still together dan saling tolong antara satu sama lain.... Jelesnya.....
Selain dari friendship diorang, ade jugak menceritakan tentang kisah cinta setiap seorang dari mereka.

Lee Jung Ruk ni konon-kononnya leader antara mereka dan dah 7 tahun berkahwin dengan seorang perempuan kaya yang lagi tua dari dia, Park Min Sook. Lee Jung Ruk owner sebuah cafe dan sebuah bar. Kirenye die ni kaya la.. Lee Jung Ruk tak habis-habis menyusahkan kawan-kawan baik die dan isterinya selalu ugut cerai dengan dia. Watak ni adalah watak kedua yang aku suka dalam cerita ni sebabnya walaupun dia seorang playboy, namun dia seorang yang klaka, romantik dan sebenarnya sangat sayang dengan isterinya. Setiap masalah yang Lee Jung Ruk timbulkan sampaikan isteri die naik angin, kawan-kawan baik dia nilah yang akan tolong selesaikan. :)

Watak pertama yang aku suke adalah watak Kim Do Jin. Watak ni bolehlah dikatakan watak utama dalam cerita ni. Dia jatuh cinta dengan seorang cikgu yang bernama Seo Yi Soo tapi malangnya cikgu tu jatuh cinta dengan salah sorang kawan baik die, Im Tae San. Tapi masalahnye, Im Tae San ni bercinta dengan housemate cikgu tu, pemain golf iaitu Hong Se Ra. 

Im Tae San dan Kim Do Jin ni pulak business partner. Diorang ni arkitek. Complicated dan menarik betul hubungan diorang ni.

Selain dari arkitek, Im Tae San ni jugak pemain baseball untuk pasukan Blue Cat. Pasukan ni di tubuhkan oleh mereka sendiri. Antara 4 orang ni, hanya Im Tae San dengan Choi Yoon je yang main baseball. Yang lain main bile kene paksa dengan Im Tae San je..haha... Im Tae San mempunyai seorang adik perempuan, Im Me Ah Ri. Beza umur dia dengan adiknya adalah 17 tahun. Adik dia ni suka kat salah seorang kawan baik dia iaitu Choi Yoon. Im Tae San sangat menentang keras kalau mereka ni bercinta.

Choi Yoon ni pulak seorang peguam dan yang paling rasional antara mereka. Dia nilah yang selalu selesaikan masalah-masalah kawan-kawan dia, legally. Choi Yoon pernah berkahwin dan isterinya telah pun meninggal. Then, secara perlahan-lahan dia suka kat Im Me Ah Ri yang selalu luahkan perasaan pada dia. Namun die pendamkan perasaan tu sebab kawan baik die dan sebab perbezaan umur yang terlalu jauh. Choi Yoon berumur 41 tahun manakala Im Me Ah Ri berumur 24 tahun. 



The Gentlemen~

Menarik cerita ni.. 
Bagi sesiapa yang minat cerita-cerita korea ni, aku sarankan tengok cerita ni. Kelakar, romantik, full of friendship-ness dan semua jenis hubungan ada dalam ni...


Relationship~


BEST! DAEBAK! haha.. :)
Daa~

Monday 22 October 2012

If only the dream is true..

Salam..

Semalam, aku  tido siang. Memang xbaik kot tdo siang..?? Huhu.. Tapi time tdo siang, aku termimpi sesuatu.

Ade satu family ni, salah sorang dari family tersebut telah mengalami sesuatu yang buruk. Aku xtahu macamana ianya terjadi, ape yang telah terjadi. Cume yang aku tahu, family tu telah diberi peluang dengan kembali ke masa lalu dan dapat mengelak kejadian yang sama berulang. Tapi, paada masa yang sama family tersebut telah mengorbankan sesuatu secara x sengaja.

Itu saja yang aku mimpi.

Tapi, boleh ke masa kembali berulang tanpa kite melupakan apa yang telah terjadi? Andai kata kite kembali ke masa lalu dan xdapat mengelak kejadian buruk yang berlaku itu, kite terpaksa menghadapi perkara itu buat kali kedua. Sanggup ke? Mesti tak! Dan sedaya upaya kite akan cube untuk mengubah sejarah......

If....is not a good word. My friends said that I must accept my fate.

It hard for me....

I just want to share my feeling caused by the dream..
Daa~

Friday 19 October 2012

Lelaki tua, anaknya & keldai~

Beberape hari yang lepas aku ade terbace pasal keldai ngan laki bini ni kat facebook. Ala, cite die popular kot, ad byk versi. Igt x? Klu x igt meh aku cite sikit, tp versi aku lah, hehe.. Versi Evilknight~

Illustrasi lelaki tua dan keldai.


Seorg lelaki tua & anaknya pergi mengembara. Laki tua itu berjalan kaki dan anaknya menaiki keldai. 

Sampai di Kampung A, orang kampung mula mengata betapa kejamnya anak muda itu sebab membiarkan bapanya berjalan kaki sedangkan die menunggang keldai. Disebabkan kata2 orang kampung, maka mereka anak beranak pon bertukar tempat. Laki tua itu menunggang keldai, dan anaknya berjalan kaki pula dan mereka menuju ke Kampung B.

Di Kampung B, tanpa di duga mereka telah dikutuk lagi. "Ade keldai, tapi sorang naik, sorang x naik. Bodoh betul anak beranak ni," orang Kampung B pulak kate. Agak tidak berakal jugaklah mereka ini lalu mereka dua2 pon menunggang keldai itu lalu menuju ke Kampung C.

Kat Kampung C, rupenye xlepas jugak mereka dari kene kutuk. Mereka dikutuk bertubi2 sebab membebani keldai itu ngn berat yang berlebihan. Lalu turunlah kedua-dua dan berjalan kaki dan menuju ke Kampung D.

Sampai di Kampung D, betapa malangnya anak beranak ni kene kutuk lagi. "Bodoh punye anak beranak, keldai kan memang untuk di tunggang. Kenapa kedua-duanya berjalan kaki?" Orang Kampung D berkate. 

-TAMAT-

Ingat x cerita tu? Ceritanya akan tamat begitu sahaja. Dan selalunye adalah pengajaran yang di buat di akhir cerita. Aku pon samelah, nak bagi pengajaran jugak walau pon dah tahu kan. Kiete kene saling ingat-mengingati..haha.

Pengajaran 1: Ni untuk laki tua & anaknya.
Memanglah kite x boleh nak dengar ape yang orang cakap, ape yang orang kate pade kite. Dengar memanglah boleh, tapi kite sendiri yang kene buat keputusan untuk diri kite samada nak dengar orang kate atau buat je ape yang kite rase betul. We must think what is the best solutions for our own problems. 

Pengajaran 2: Ni untuk orang-orang Kampung A, B, C & D.
Orang-orang kampung tu bukanya mengutuk sebenarnye. Diorang just memberi pendapat je. 
Tapi, cara pendapat diberikan pon penting. Pendapat mereka beri bernas. semua ada alasan yang tersendiri. Mungkin cara diorang memberikan pendapat yang agak kasar yang membuatkan pendapat mereka nampak cam kutukan dan makian. Oleh itu, kalau nak beri pendapat berilah elok-elok agar x menyakiti hati mane-mane pihak.

Ade lagi bende ngarut aku nak tambah tapi cukuplah buat mase ni.. 
Daa~








Tuesday 16 October 2012

Example Letter Absent from Classes

Kebelakangan ni aku ade la kene buat beberapa surat rasmi. Oleh sebab mase nak buat surat tu ingat-ingat lupe pasal surat rasmi, make aku pon search kat ternet.
Sekarang ni, aku pulak nak update pasal surat rasmi. Terima kasih pada memane blog yang aku wat rujukan untuk surat rasmi tu...
Aku wat entry ni untuk sesape yang nk tengok contoh-contoh surat rasmi. What we give must come back kan (betul ke ayat cmni ek??), xkire la bende tu buruk ke baik ke....


Nilah contoh surat yang dapat aku buat. Semoga membantu mase korang nak buat surat rasmi nanti. 
Daa~

Saturday 29 September 2012

Bagaikan MIMPI~

Bagaikan tidur di waktu tengahari, mengalami mimpi buruk yang amat sangat. 
Berharap agar dapat bangun dari mimpi buruk ni.
Kami semua beradik berharap ini hanyalah mainan tidur, tapi...
Kenyataan adalah kenyataan walaupun ianya sangat memeritkan.
Ianya berlaku di luar jangkaan.
Kematian bukanlah sesuatu yang kite semua boleh kawal.
Pemergian Arwah Ayah bukanlah sesuatu yang kami minta.
Kini tinggal kami adik beradik sahaja.
Dugaan ini yang paling perit ALLAH berikan pada kami.
Semoga kami tabah menghadapi segala rintangan bersama-sama. Amin.

Semoga Arwah Ayah tenang di sana. 
(23hb September 2012)

AL-Fatihah.



Tuesday 18 September 2012

Kenakalan Yang Membuatkan Kami Senyum~


Satu tengahari miggu raye 2012, aku ternampak kesan tapak kaki comel di atas tikar .


Siasatan pertama dijalankan. Sumber kesan tapak kaki di kenal pasti iaitu sebotol bedak bayi.


Siasatan diteruskan.


Aku mengikut jejak tapak kaki yang ditinggalkan.


Ikut lagi jejak tadi.


Jejak semakin berkurangan. Namun penjenayah dapat dikenal pasti.


Ini dia penjenayah itu. Wany! Rupe2nye selepas die mentebarkan bedak kat depan, die g makan kat dapur pulak! Isk3! Mak Lam babap die! Hahahaha!













Our Ibtysam(s)-Senyuman-Senyuman Kami


Hai! Name saye Syazwany Ibtysam yang bermaksud Keikhlasan Senyuman! Ni time saye kecik.

Saya memang suke sangat senyum~

Walaupun saye xde gigi time ni, saye xkisah pun senyum.. :)

Tengah main-main pun saya nak senyum jugak~

Ni mase birthday saye yang pertama. Saya dah 1 tahun pada tahun lepas~
Saye suke pergi mall.

Sebab kat mall ade kereta gerak sendiri. Gembirenye saye~

Yang ni saye dah besar sikit~ Comel lagi x? Hehe..

Hari tu, saye ngn mama, papa, ucuk ngn adik Weena pergi Zoo Melaka. Seronok~

Penatlah jalan2..dudok kejap..

Peace~

Posing maut~

Ni gambar candid~

Sekarang saye dah berumur 2 tahun.

Saye suke main buaian kat Pantai Tanjung Bidara.

Mama pakai tudung, saye pun nak pakai tudung jugak~

Ni adek Weena saye yang tembam. Die kecik lagi, bru 5 bulan.. Die xpandai senyum macam saye lagi~

Name penuhnye ialah Syazweena Ibtysam~

Adek Weena dapat duir raye dari Pak Ngah. Seronoknye die~

Adek Weena mate bulat. Sume orang panggil die budak kerinting sebab rambut adek Weena kerinting. Cian adek Weena, jahat betul diorang!

Adek Weena baru bangun tido, jangan kacau, nanti die nangis!

Mase pergi jalan2 kat Zoo, adek Weena naik ni.

Pastu saye pulak yang naik sebab mama kate saye dah besar, xlarat nak dukung lame2. Mama dukung adek Weena sebab die kecik lagi.

Saye sayang adek Weena sejak die lahir lagi~

Sehinggalah sekarang~ Kami adik beradik Ibtysam yang sangat bising kat gumah. Yeah!


p/s: Entry ni untuk Mak Lam yang rindukan kitorang~

Metaceh babies. Muaaahhh~




Monday 17 September 2012

Hujung minggu yang penuh dengan aktiviti tak berfaedah~

Salam all~

Dah seminggu kelas bermula. Mini project, assignment pon dah ade..huhuhu.. Awal kan? Al-maklumlah, dah tahun akhir, camnilah rupenye ek..?

Hujung minggu ni aku bukan sengaja mem-buzy-kan diri, tapi ade saje pelan2 last minute yang terancang..

Pukul12 tghari, Jumaat 14hb Sept 2012, aku dengan exitednye join kawan2 aku ke Bukit Merah, Perak. Tujuan utama ialah main air la. Tujuan lain ialah jalan2 cuci mate..hehe..

Sabtu, 14hb sept 2012 lebih kurang pukul 10.30 pagi, masuk kat taman tema air. Mandi punye mandi, tetibe terpisah dari kawan2 lain. Dalam fikiran aku, "biarlah, nanti jumpelah diorang tu". Aku pon sambunglah bermandi mande bersuke ria seorang diri. Main sorg2 xsedar diri dah pukul berape..akhirnye aku pon naik ke darat..hehe.. Rupe2nye kawan2 aku semua dah siap salin baju..tinggal aku je yang baru naik..haha... Lepas tu aku pon pergilah salin baju jugak.. Tengok kat cermin dlm bilik air, pehhh, muke aku da burn gile..wuwuwu...aku dah bertambah2 hitam... Sakit la muke aku time tu...Petang, balik. Malam, tdo xsedarkan diri sebab penat.

Ahad, 16hb Sept 2012. Hari Malaysia. Bagun pagi pukul 9.30 pagi..xsenonoh betul..wuwuwu. Borak ngn kawan, sampai pukul 2 petang (ape nak jadi budak ni..ish3). Lapa, and then g carik makanan. jalan2 kat Kangar, Guardian ngn Watsons. Malam g jalan carik makan lagi. Kedai banyak xbukak sebab cuti hari ahad dan Hari Malaysia.

Isnin, 17hb Sept 2012, cuti. Pukul 10 pagi dah bertolak ke Padang Besar pulak. Adehh, berjalan saje.. Dan sekarang, baru tengah dok diam di atas kerusi meja belajar, tapi online facebook..huhu... Mini project ngn assignment and report LI saye xsiap2 lagi...

Malam ni jom berjage nak? Tapi ade bantal baru yang empuk baru beli kat Padang Besar tadi, nak tido ke xnak??? Persoalan yang susah!

Daa~ Harap hujung minggu kamu menarik dan tertarik~

Friday 7 September 2012

Hari Terakhir Industrial Training

Salam All~
Pejam celik pejam celik, rupe-rupenye dah tepat 12 minggu aku menjalani latihan industri di sebuah company di Bukit Rambai, Melaka. 12 minggu tu macam kejap je kan..tapi dah banyak jugak yang berlaku..
Ramadhan, Aidilfitri sume dah lepas...
Syazwani n Syazweena pon dah besar.. (padahal 12 minggu je pon, xde la besar mane pon..haha)..
Tiket ke Perlis xbeli lagi sebab elaun xmasuk lagi..huhu.. Oleh itu kawan2, aku maybe balik lambat..
Aku cakap serius ni, xtipu punye..huhu.. Tacing...
 Dengar kate PTPTN UniMAP masuk besok, Sabtu, 08hb Sept 2012. Betul ke?
Kalau betul mungkinlah aku balik awal..hehe..

Daa, saje nak mengisi blog bersawang ni..haha..

Tuesday 17 July 2012

Nini & Aina ^_^

Dok kat gumah lelame selalunye bosan... nasib baik ade budak gemok yang bername Nini menemani aku kat gumah ni...hahaha..
Budak nilah yang menjadi teman aku time balik keje..hahahaha...
Tapi kadang2, geram aku dibuatnye...huh!

Nini & Aina... Aina ni dua pupu Nini~

Si Comel aku~

Bersanding pulak dorang ni~

Tok Nyang dengan cicit~

Daa~
Saje nak wat entry baru sebenarnye..hahaha..

Sunday 1 July 2012

PLEASE PRAY THAT I WILL SURVIVE!

Autocad! Uwahh.. really2 need support. Tension-mension, alone-frustrated, all sort of bad thing crossed my mind. I feel like quiting, but think again, it is hard to quit pulak. QUIT! QUIT! QUIT! That all I can thing all day long.. What to do? I'm going to become evil! Even when I'm typing this the evil feeling flowing through me..(I'm mad maybe..)

Tension...I'm sorry bile naik sem nanti aku xberape betol ye kengkawan...hahahahaha..(evil laugh)!

Counting: 2 month and 2 weeks to go! Or maybe just tomorrow?

Monday 18 June 2012

Latihan Industri

Hari ni, 18 Jun 2012 dah bermula latihan industri bagi pelajar tahun 3.. Tapi aku sedih, autocad xingat..huhuhu... Dah la sepanjang LI aku bekerja dengan komputer..
tacing la..
Aku rase cam nak je pegi potong kayu balak kat belakang tu..huhuhu..

T__T

Semoga aku selamat menjalani Latihan Inustri selama 3 bulan ini.





Sunday 10 June 2012

Roti Shushi

SALAM!!!
Alhamdulliah, hari ni 11 Jun 2012 aku telah menjawab paper last tuk sem ini! Sem ini je, sem depan ade lagi, jangan risau..huhu.. Tapi aku tak tahulah macamane result nanti??
Biarkan ia menjadi persoalan..

Topik entri kali ini, ROTI SHUSHI!!

Hahaha..
Aku pon xtahulah ape name sebenar roti ni, tapi aku panggil die roti shushi jelah.
Roti berintikan tuna, yang oren tu floss ayam dan yang hitam tu adalah rumpai laut..
Roti ni sedap, bagi akulah. Ade orang cakap roti ni pelik.. Well, pelik is my style..haha.. Tapi ade je orang yang suka roti ini sebab time aku nak beli je memalam, dah abes...wuwuwuwu..

Roti shushi~

Roti ni kalau kat Perlis boleh didapati kat WARUNG KEK GARDEN, Kangar. Ade lagi satu species roti macam ni jugak, tapi floss die warna putih dan disalut dengan telur. Yang tu pernah gak beli, sedap jugak, tapi aku lagi suke dengan roti shushi ni..hehe...


Roti shushi yang enak~

Kat mane lagi ade roti ni ekk?? Melaka ade x? Hehe..

Daa~ Saje nak cite pasal keunikkan roti ni.

(p/s: hanya orang yang unik menghargai benda unik..haha. kata2 ni hanya ditujukan pada budak xde taste)


Tuesday 5 June 2012

Final Exam Semester 6

Salam~

Minggu lepas study week, tak nak pulak aku menhapdet blog kan.. Ari ni lak, tetibe kerajinan nak hapdet blog..hehe..

Final exam punye jadual..skip2 sehari je!! Ciss!!
Tak ade ape yang spesel pon, cume kat Perlis ni, dah 3-4 hari panas gile..huhu.. (typing pon boleh berpeluh2)
Hari kadang2 mendung macam nak ujan, tapi xpulak ujan..panas tu memanglah, name pon Perlis.. Tapi kali ni panasnye, emm...tido berpeluh, dudok depan meja pon berpeluh, lepas mandi pon berpeluh. Nasib baik mase mandi xberpeluh..haha.. Tapi, bile mandi, xrase pon air tu...xdapat menyejukkan badan pon..wuwuwuw..
Hari ni angin kuat jugak, agak2 hujan x? Aku dah la baru je sidai baju..dah asyik berpeluh je kan, ofcos la basuh baju pon banyak..tacing ar...

Meja yang sentiasa bersepah T__T

Ok lah, saje nak mengadu..basuh baju banyak (padahal pakai mesin basuh je pon)..haha..
Daa~ Doakan aku dan kawan2 berjaya sentiasa~



Update: 5pm tadi dah hujan nyamannye rase..hehe

Sunday 27 May 2012

Hari Peladang di Kangar

Kangar, Perlis.
Salam!
25 Mei 2012, aku n beberape kawan telah berkesempatan pergi ke Hari Peladang yang berlansung selama beberapa hari iaitu dari 24 Mei sehingga 27 Mei 2012 yang bertempat di Dataran Dato' Sheikh Ahmad.

Time kitorang pergi tu malam, sebab time tu je berkesempatan. (Sebab ade budak mengade nak makan steamboat RM9.90, Eat All You Can!!! Sampai kene sewa kete!..Cisss! So, balik tu, singgah la kejap..hehe..). Dengar kate ade seladang, tapi agaknye seladang dalam kandang kot malam tu.. Memalam, baby seladang (sume animals adalah baby bagi aku..hehe) kenelah tido..iye dokk?

Ni pameran buah-buahan tempatan. Real ni, nasib aku xamek masuk mulot jeee...hahaha
Ni pameran pokok bonsai.. Kalau ayah aku tgk ni, msti nak sebatang dua..haha
Walaupun hari peladang, ade je pameran kereta..haha.. Xmampu den nak beli kete ni..wuwuwu.. Tunggu aku berjaya dalam bisness dulu ah..
Ni adalah model kereta yang xberbayar..hahaha..ayu2 gitu.. (Ade sesape nak masuk meminang? Silakanlah..hehe)
Aku dah lame tol nak amek gamba pokok ni time memalam...hehe..
Walaupun pokok ni xtermasuk senarai pameran Hari Peladang, namun aku tetap tertarik dengannya!
Ni pulak pokok2 gantung2 depan gumah..haha
Pengunjung yang turut memeriahkan event ini.
Aku amek je gambar perkara yang menarik hati aku.
Jenis-jenis padi..real punye..
Pameran padi.. Kat atas tu tunjuk no kod dan lain2..

Benih padi..1st time gak aku tengok..
Mekaseh kat model tangan xberbayar...hehe
Buah-buahan tempatan.
Ini replika je..pondok cendawan (cendawan tu real).. Kalau nak tengok yang betol, meh datang.. Time nak g kelas kat Taman Muhibah, slalu nampak yang real punye kat depan gumah sape tah..hehe
Fountain yang menjadi inspirasi..
Jenis-jenis beras... TQ model2 tangan..
 Banyak je bende lagi yang ade..tapi aku just cakap pasal benda yang menarik je kat hati aku. Ape2 pon TQ kat budak ngade sebab kasik pinjam henpon. Yelah, nak cas gamba sekeping 50sen. Maklumlah, henpon kte xcanggih..amek gamba xlawa..hahaha!


Minggu ni study week (da tau nak exam berjalan banyak lak tu..wuwuwu), so, doa kan aku dan kengkawan berjaya eh..

Daa~