MR. KAYASHIMA

Sunday 27 May 2012

Hari Peladang di Kangar

Kangar, Perlis.
Salam!
25 Mei 2012, aku n beberape kawan telah berkesempatan pergi ke Hari Peladang yang berlansung selama beberapa hari iaitu dari 24 Mei sehingga 27 Mei 2012 yang bertempat di Dataran Dato' Sheikh Ahmad.

Time kitorang pergi tu malam, sebab time tu je berkesempatan. (Sebab ade budak mengade nak makan steamboat RM9.90, Eat All You Can!!! Sampai kene sewa kete!..Cisss! So, balik tu, singgah la kejap..hehe..). Dengar kate ade seladang, tapi agaknye seladang dalam kandang kot malam tu.. Memalam, baby seladang (sume animals adalah baby bagi aku..hehe) kenelah tido..iye dokk?

Ni pameran buah-buahan tempatan. Real ni, nasib aku xamek masuk mulot jeee...hahaha
Ni pameran pokok bonsai.. Kalau ayah aku tgk ni, msti nak sebatang dua..haha
Walaupun hari peladang, ade je pameran kereta..haha.. Xmampu den nak beli kete ni..wuwuwu.. Tunggu aku berjaya dalam bisness dulu ah..
Ni adalah model kereta yang xberbayar..hahaha..ayu2 gitu.. (Ade sesape nak masuk meminang? Silakanlah..hehe)
Aku dah lame tol nak amek gamba pokok ni time memalam...hehe..
Walaupun pokok ni xtermasuk senarai pameran Hari Peladang, namun aku tetap tertarik dengannya!
Ni pulak pokok2 gantung2 depan gumah..haha
Pengunjung yang turut memeriahkan event ini.
Aku amek je gambar perkara yang menarik hati aku.
Jenis-jenis padi..real punye..
Pameran padi.. Kat atas tu tunjuk no kod dan lain2..

Benih padi..1st time gak aku tengok..
Mekaseh kat model tangan xberbayar...hehe
Buah-buahan tempatan.
Ini replika je..pondok cendawan (cendawan tu real).. Kalau nak tengok yang betol, meh datang.. Time nak g kelas kat Taman Muhibah, slalu nampak yang real punye kat depan gumah sape tah..hehe
Fountain yang menjadi inspirasi..
Jenis-jenis beras... TQ model2 tangan..
 Banyak je bende lagi yang ade..tapi aku just cakap pasal benda yang menarik je kat hati aku. Ape2 pon TQ kat budak ngade sebab kasik pinjam henpon. Yelah, nak cas gamba sekeping 50sen. Maklumlah, henpon kte xcanggih..amek gamba xlawa..hahaha!


Minggu ni study week (da tau nak exam berjalan banyak lak tu..wuwuwu), so, doa kan aku dan kengkawan berjaya eh..

Daa~


Tuesday 22 May 2012

C4 Bomb

                                                                SALAM                                                                                
Sabtu yang lepas, mase aku g KEMUDA itu, aku telah bermain satu permainan yang kalau nak diikutkan, macam mengarut, tapi ianya permainan yang menguji minda jugaklah..haha.. Permainan itu dinamakan C4 BOMB! 
Players position in a group

Permainan memerlukam dua gelung besi yang saiz diameternye kecil sedikit dari saiz diameter bola tenis, sebijk bola tenis dan 8 utas tali yang panjangnye lebih kurang 3 meter. Satu daripada gelung berikut perlu di ikat tali seperti gamba diatas (sungguh pun gambar diatas tidak berapa senonoh sikit..haha) dan satu lagi diletakkan di atas kertas. Permainan memerlukan lebih kurang 8 hingga 10 orang pemain dalam sesuatu masa. 8 orang digunakan untuk memegang hujung tali (kalau xpegang hujung, kira menipulah), 1-2 orang lagi diperlukan untuk memberi arahan kepada pemain-pemain yang lain. 

C4 bomb adalah sejenis bahan letupan yang agak merbahaya (cube cite sikit bahan letupan ape xberbahaya?). Jadi permainan ini merujuk kepada bola tenis yang dianggap sabagai C4 bomb dan pemain-pemain mestilah berhati-hati supaya tidak menjatuhkan bola tenis tersebut. Kalau x, 'meletuplah' semuanya..HAHAHAHA!


Cara permainan (Mase aku main Sabtu lepas):

1- Ade 12 group semuanya (setiap group ade10-11 orang). Starting point semuanya adalah di luar bangunan.
2- Semua pemegang tali dikehendaki memegang hujung tali dan ketua akan meletakkan bola tenis di atas gelung besi yang telah diikat itu. Jangan bagi bola jatuh!
3- Semua kumpulam mesti berebut masuk ke dalam bangunan dan mencari gelung besi yang lagi satu tu yang diletakkan di atas kertas bertulis nombor kumpulan masing-masing. 
Tali bersilang-silang sebab banyak group yang masuk berebut..haha

(Tapi dalam gambar aku just bezakan dengan warna. Berebutlah seratus lebih pemain2 tu masuk menggunakan 2 pintu sahaja.)
4- Kalau bola jatuh, sila ke starting point semula untuk mulakan permainan balik.
Players position with all groups
5- Sampai di point masing-masing dalam bangunan, player akan pindahkan bola tenig yang di usung tadi tu ke gelung yang berada di atas kertas tu tanpa menggunakan tangan.
6- Jika tak berjaya, sila ke starting point sampai berjaya.
7- Caranya: 6 orang ke belakang dan 2 orang kedepan. Orang-orang yang dibelakang perlu mengakat tali keatas secara perlahan-lahan manakala 2 orang dihadapan perlu turunkan tali secara perlahan-lahan sehinggalah bola jatuh ke gelung lagi satu. Kalau bolah jatuh, tapi xmasuk gelung, silalah ke starting point semula..hahaha...

Dalam game ni, perlu banyak ikot cakap ketua. Setiap orang pon kenelah ade sefahaman yang sama. Kalau x, asyik ke strating point ajelah kejenye..hahaha..
Daa...ini jelah cerita aku pasal C4 BOMB! TQ for reading..hehe..


Aku Ditembak Di Kepala!!!!!

                           SALAM                             
19 Mei 2012 yang lepas, aku telah bermain satu permainan yang bernama Paintball di Teratak Malaya, Kampung Janda Baik, Pahang. Permainan disertai seramai 40 orang iaitu 20 lawan 20. Pasukan merah lawan biru. Aku pasukan merah..my fav colour! Hehe.. Permainan adalah mengumpul mata dari kad-kad yang dikumpul dari tengah kawasan pertempuran. Permainan adalah dalam mase 40 minit, dan tiada limit pellet! Bila pellet habis kitorang boleh pergi ke starting point untuk isi semula pellet. Jangan kene tembak mase isi pellet sudahlah..haha.. Permainan kene tembak mati, tapi boleh hidup semula..hahaha.. First round, aku dan beberapa rakan lain masuk. Tembak-punye tembak, tibe-tibe aku rase kepala aku sakit. Aku pegang kepala aku, basah. Pastu aku tengok kat tangan yang aku pegang kepala aku tadi, kuning! (Bajet darah la tu..haha) Maksudnya aku dah 'mati'. Marshall tu pon jerit, "Yang baju merah tu, angkat tangan dan lari ke belakang". Aku pon ikot jelah ape yang marshall tu cakap. Wuwuwuwu..baru main kejap dah 'mati'.. Tunggulah kejap lagi.. 
AKu tak sabar nak tunggu wave yang kedua yang bermaksud aku boleh masuk main semula dalam beberapa minit kemudian. Then, second wave pon tibe, aku pon masuk semula untuk membalas dendam terhadap 'kematian' diri sendiri..HAHAHAHA! Memang, aku dah gila menembak sampai habis 40 minit tu aku masih hidup lagi! (cam xpercaye je..) Hahaha! 
Lagi-lagi satu team dengan Student UPNM kan. Bersemangat wajalah kami-kami ni... Lepas je main Paintball, dengan baju2 berdakwat kuning ni aku dan beberape orang yang lain terjun kedalam sungai. Hahaha..best sungguh!!!


Ini adalah gambaran padang pertempuran tu...wat2 paham jelah eh..hahaha



Monday 21 May 2012

KEMUDA - Kem Anak Muda Generasi Felda

                                                                                   Salam..                                                                                             
Last weekend, (18-20 Mei) aku dan kawan-kawan telah pergi ke KEMUDA siri 3. Adakah sebab kitorang ni anak2 atau keturunan FELDA? Tidak..hehe.. Sebenarnye, kawan aku yang sorang ni je yang betul-betul anak FELDA. Die mencari-cari belia-belia untuk pergi ke kem ini. Akhirnye dapatlah aku dan beberape orang budak kelas kami..haha.. Kitorang tanye dah die, boleh ke kitorang pergi? Kitorang cume kawan dengan anak FELDA aje. Die kate pergi aje..kitorang pon ok and pergi  jelah..hahaha.. Tapi adalah antara kami ini RAKAN PERSADA, termasuklah aku. Aku jadi RAKAN PERSADA pun sebab registration free. Sume bende free ni mane boleh tolak..hahaha...

Teratak Malaya
Kem tu kat kampung Janda Baik, Pahang. First time aku dengar name tempat tu sedangkan orang lain dah pernah pergi pon..haha.. Kitorang dudok kat kem TERATAK MALAYA..cantik tempatnye, tapi air kat situ xdalam. Yang air dalam dekat dengan kawasan-kawasan kampung, rumah-rumah orang.

Ape tujuan aku pergi kem ni?
Sebenarnye tujuan utama aku adalah nak mandi air sungai je..hehe. Akhirnye dapat jugak, seronok!!! Selain itu, perjalanan kami dibiayai, makanan free, tempat tinggal free dan dijanjikan dengan permainan PAINTBALL!!! Hehehe...itu yang kami pergi tu..

Bila aku pergi, tahulah serba sedikit pasal FELDA ni: Peneraju industri sawit dan warga peneroka berpendapatan tinggi. Kem ni pon untuk beri kesedaran kepada anak-anak FELDA, supaya berjasa kembali dengan FELDA. Yelah, ade tu yang dapat bantuan dari FELDA untuk belajar, dan macam-macam lagi. Memang patut pun kalau anak sendiri tolong family (maksud aku FELDA lah..) sendiri kan...

18 Mei 2012
Antara kawan-kawan aku yang pergi
Sepatutnya kami bertolak pukul 8 pagi, tapi di sebabkan pagi itu kami ade test, jadi pukul 11 pagi pak cik bas kutip kami di Wang Ulu, Taman Bahagia dan Simpang Empat. Jumlah semuanya 33 orang. Perjalanan yang jauh, dari Perlis ke Pahang. Lepas tu banyak kali pulak tu bas berhenti. Setiap 2-3 jam nak berhenti..mane x lagi lambat jadinye.. Pasang lagu dangdut pulak tu dalam bas..hahaha... Kitorang ni muda mudi pakcik, xdengar la lagu dangdut ni sume.. Ape-ape sajelah pakcik bas, asal selamat sampai. Sampai kat Teratak Malaya dalam pukul 9.30 malam.. Kat situ, dah ramai pakai baju oren yang bertulis KEMUDA. Kitorang da terlepas program petang tu. So, sampai2 je terus dapat baju and terus berkumpul di dewan pakai baju oren tu, untuk majlis perasmian. Ingatkan kitorang yang paling lewat sanpai, rupe-rupenya ade lagi lewat. Student dari UPNM yang last skali sampai. 

Antara kawan-kawan yang ikot sekali

Antara kawan-kawan yang ikot sekali, dalam bas
Baju oren yang bertulis KEMUDA
19 Mei 2012
Pagi tu adalah ceramah-ceramah sikit. Pukul 11 pagi, acara yang dinanti-nantikan. Paintball! Lepas je main Paintbal, dengan baju2 berdakwat kuning ni aku dan beberape orang yang lain terjun ke dalam sungai. Hahaha..motif utama aku tercapai! Lepas makan tengahari, kami ke TERATAK AIR TENANG pulak..main game indoor disana. Nak ke Teratak Air Tenang kene jalan kaki melalui jalan kampung. Time inilah aku tengok air sungai yang wat aku rase nak terjun je mandi kat sini..huhu.. Di Teratak Air Tenang, Kami main game C4 BOMB!. Seronok gak.. Balik tu, jalan kaki lagi, tapi sayangnye hujan sikit.. Kalau x, dah lame aku terjun je dalam air sungai tu..wuwuwuwu.. Balik ke Teratak Malaya, aku terjun je kat sungai yang ade. Xdalam pon xpelah..asalkan dapat mandi sungai..hehe.. Malam itu ade ucapan dari Tan Sri Haji Mohd Isa Bin Dato' haji Abdul Samad.

Pagi-pagi get ready nak breakfast
Petang tu bermain permainan yang dinamakan C4 bomb.
20 Mei 2012
Selepas sarapan, kami main permainan Eksplorasi Minda: Jutawan FELDA. (Lebih kurang macam main SAIDINA.) Selepas tu ade penyampaian sijil dan acara penutup. Pak cik bas kutip kitorang balik pukul 3 petang. Pukul 4 lebih pak cik bas berhenti di Genting Highland. Kitorang masuk sebuah kedai coklat ni..wuwuwuwu..mahal..xmampu.. mampu rase aje yang die bagi tu..hehehe.. Lepas itu kami teruskan perjalanan. Seperti biase, pak cik bas akan berhenti rehat setiap 2-3 jam. Sampai kat Wang Ulu pada pukul 1.30 pagi. Then baru pak cik hantar student Taman Muhibah  dan Simpang Empat.
Buaian pon ade..
Di Kampung Janda Baik ni memang banyak Challet.
Bergambar di depan hostel yang kitorang dudok~ Girls only~

Begitulah weekend aku dihabiskan. Main painball dan mandi sungai yang paling aku suke..hehehe... Di samping aku dapat kenal dengan junior dari Taman Muhibah dan Simpang Empat..hehe..
"Nginap tak nginap...tetap Thank you..."

P/S: Terima kasih kat Ain Jaya sebab gamba-gamba ni sume dari kamera die..hehe

Monday 14 May 2012

Hafiz & Ayu -Di Gumah Pengantin Lelaki-

Salam~ 
Ni aku nak ceritakan pasal majlis abang aku yang di buat kat gumah kitorang pulak. Ter 'update' lambat la pulak..hehe..

Kalau nak tahu, time malam henpon aku kene curik tulah time aku nak balik sebab nilah. Cerita henpon aku hilang sila KLIK kat sini. Henpon tu pon abang aku si pengantin nilah yang bagi. 
Die cakap kat aku, "Bodo ko ni,  henpon letak merate!" (T_T) ... Tacing..huhu.. 
So, dah kene marah dah, henpon baru xde????? (Kalau mintak camtu depan die mau kene tempeleng sebijik dua..haha) -Sila abaikan kata-kata xbermoral disini-

Majlis ni berlangsung pada 6 May 2012, selepas sebulan abang aku menikahi Kak Ayu. 
Majlis ni lambat sebulan sebab abang aku kene g Sabah pasal keje die. Ni adelah gambar-gambar mereka semasa hari berlangsung. Tema warna kat sini adalah oren, kuning dan putih. Hohoho~

Sorry!!!Sorry!!!
Ni Kak Ayu tengah tunggu Abang aku sampai. (Padahal dekat je pon..hahaha)

Sorry!!!Sorry!!!
Ini diorang jumpe di pertengahan jalan.. Dorang pon mulahlah berjalan sesame.

Sorry!!!
Jejalan sesame sampailah masuk rumah.. Xde silat2 bagai sebab nak simple je... Lagipon pagi tu hujan..tanah basah kot...huhu... (kesian kat aku kene tanah lembik T_T)

Sorry!!
Sambil dorang bejalan masuk gumah tu, adik-adik nilah yang meng'kompang'kan mereka, mengiringi mereka samapilah dah masuk gumah..hahaha... (Apelah ayat aku ni..?)

Sorry!!!
Yang tunjuk2 tu Mak Andam kampung aku~

Sorry!!!
Yang ni kek penganti~



Sorry!!!
Pengantin xkan lepas dengan acara potong kek ni. Nanti aku kawin aku nak buat potong kereta ke, potong jalan ke..huahuahua...

Sorry!!!
Ni nak suap2 la pulak...ahahaha..

Sorry!!!
Sedapnye kek itu sehingga pengantin menjilat jari~ Wakaka~

So, itu sahajalah yang aku nak ceritakan. Nanti korang kawin korang nak buat tema warna ape? Lagi2 kawan-kawan aku yang pergi dengar talk pasal Let's Get Married ari tu mase Hari Siswi kat U aku tu kan..hahaha ~_~
Daa~





Saturday 5 May 2012

Peristiwa Balik Kampung 04 Mei 2012

Salam sume. Ni aku nak ceritakan sesuatu yang menyakitkan hati  yang berlaku pada diri aku pada malam 4 Mei 2012! Handphone Nokia aku di curik! Dan pencuri itu seorang yang bangang! Sakit ati aku.

Ceritanya bermula begini. Bas aku ke Melaka pukul 8.30 malam, Bas Intercity. So, lepas maghrib, pukul 7.45 malam aku naik tteksi dengan kawan aku, Ikin ke Kangar.Dalam teksi, aku ber'sms' dengan kawan aku, deal dengan die supaya datang kenduri gumah aku nanti. So, hanphone aku aku pegang sampailah di Kangar. Dengan beg aku yang banyak, aku dengan Ikin letak beg roda aku kat tepi kaunter tiket. Kitorang pergi kedai roti, nak beli roti kesukaan aku,tapi dah habis..huhu..tacing! Kat kedai roti,baru aku terperasan handphone aku dah takde. Kitorang bayar roti yang kitorang amek cepat2, pastu terus ke kaunter, tanye akak kaunter tu ade nampak x phone aku. Sayangnye akak tu xnampak.

Jam da pukul 8.10 malam dah... Pastu kitorang kol la no tepon aku tu. Ade dering, tapi xde orang angkat. Pastu kol lagi..then tetibe ade orang reject pulak. Sah ade orang dah jumpe. Aku ingat orang tu baik, nak answer phone tu tapi xpandai nak gune phone tu..sebab time 1st time aku gune pon aku xpandai. Rupe2nya andaianaku ini salah. Bile kol lagi die angkat. Die buat2 la xdengar ape aku cakap tu. "ha, ape? Hello2..xdengar la.." Bangang! Pastu Ikin kol. Ikin marah die, "Hey, pulangkan balik hanphone saya! Saya nak handphone saya! Bagi balik,! Saya ade kat kauter Intercity!" Pastu Ikin off call. Ikin cakap die kurang ajar. Die cakap "Ala, handphone awak mahal la, awak beli barulah!" Wah, sakit ati aku. Tapi aku xboleh nak buat ape la. Orang bangang yang sakit jiwa memang macam tu..huhu..
Bas pun sampai, sah die memang berniat nak amek. Tapi, mengapakah die bangang sangat, nak mencuri pon pegi angkat kol tu buat ape...bodo!

Ishhh! Sorilah, banyak menggunakan perkataan kasar dalam entry kali ini. Dalam bas, aku rase sedih, xdapat then tido. Pastu aku bukak laptop tengok anime. Baru aku xpikir sangat incident tadi. Tacing...huhu... Dah la aku baru cas sampai penuh. Henset lagi satu aku xcas langsung.. Sudahnye, henset aku yang tu kehabisan bateri. Aleh2 aku kene pinjam phone budak kedai kat Melaka tu, tukar simcard kejap ngn budak tu, pastu kol abang aku suh amek. Sampai je kat gumah, seluruh sanak-saudara aku tahu cerita itu. Gilelah,, aku cume bagitau abang aku je..hahaha.. Gosip memang cepat tersebar.

Time kenduri ni, sangat sibuk. Dan aku ngantuk sebab xcukup tido. Aku pon masuk bilik, g tido jap. Pastu adik aku mengamok pulak sebab die potong kek pisang, tapi kek tu jadi hancur. Die kejut aku suh potong. Bile die bising, abang aku pon mulelah bising. Pastu sambung kat ayah aku pulak sampai lah aku bangun. Aku rase cam nak sepak2 je adik aku tu, potong kek pon payah!

Malam 05 Mei 2012, sedang aku bergurau senda dengan seorang bayi berumur setahun yang bernama Oda,  tiba2 kekasih hati lepas SPM muncul!!!! Pelik!! HAHAHAHA~ Hati berbunga2 la pulak~

Daa..
Itu je nak cerita. Moralnye..nak curik henpon lain kali, terus off saje henpon tu ye. Xpayah angkat bile orang ko! Bodo punye orang.