MR. KAYASHIMA

Friday 29 November 2013

45 minute to know other

This story dated on last Sunday on 24th November 2013. It was when I at Masjid Tanah's bus station, I encounter such a wonderful person. She is a woman, a lecturer.

She came and sit beside me and the first thing she ask me is "What time does bus to Melaka Central arrive?" I said I did'n know either, I rarely went back home.

Then, I sat quietly beside he. "Do you know where is the best nasi lemak here?" She ask again. Err..I don't know. You really like nasi lemak aren't you? Then, we started to chit chat until the bus to Melaka Central arrive.

She ask me a lot of question, "Why don't you further your study overseas?", "What are you doing in Perlis?" and many more. It was a good feeling to chit chat with her there. Apparently, she is visiting her relative in Melaka and she really likes to travel as well to see beautiful places. I said to her I like Perlis because it is a peaceful place. She seems interested.

I think she really want to go to Perlis. Luckily she has relative in Perlis she said. I told her to come when 'sawah menghijau', it will be very pretty. I even advice her that Perlis can be hot, she might not stand it. She even ask what bus she should take on to go to Perlis. She is typing all places I recommended her to go using her cellular phone (not the android one). It is a shame that I did'n ask her phone number, maybe later I can show her around Perlis if I had done that.

What a wonderful person, Kak Sufiya is.
The Perlis's views down here is for her. These picture is genuine from Perlis.








Sunday 20 October 2013

Convocation UniMAP 2013

Assalamualaikum all.

On 22nd September 2013, I have officially graduated from University Malaysia Perlis. It was memorable, fun, and a lots of friendship. Our journey for 4 years has come to an end. Some of us has started to work and some of us are furthering their studies to the higher level. That day, we keep our memories using cameras.
















Good bye friends. This is our memories~

Sunday 21 July 2013

Temuduga! Temuduga! Temuduga!

Salam all

Untuk beberapa bulan sehingga sekarang, aku telah pergi ke beberapa sesi temuduga. Tidak kiralah kat mane kompani itu terletak, aku pergi sahaja untuk interview. Kedah, Penang, Shah Alam, Selangor, Terengganu. Tapi, mungkin interpersonal skill aku masih kurang. Hmm...da sebulan aku menganggur ni.

Hari ni, esok dan lusa aku ade interview lagi di Petaling Jaya, Petaling Jaya dan di Seremban. Harap-harap aku semangat berinterview nanti. Doakan aku berjaya berinterview. 

Sekian, ingat daku dalam doamu..hahaha, dan aku pun akan ingat kamu dalam doaku.

Sunday 23 June 2013

My UniMAP-ians Friends, I love you all!

Salam all.

Hari ni aku nak mengisi ruang kosong di blog dan dalam ruang mase yang ade ni. Padahal sepatutnya aku study untuk interview esok ni. Doakan segalanya berjalan lancar ye. Aku call adik aku tadi. Dengar cerita macam teruk sangat jerebu kat Melaka ni. Jiran lalu kat jalan belakang rumah pun xnampak ni..waaa...dahsyat. 

Anyways, aku nak cerita pasal minggu terakhir aku sebagai seorang pelajar UniMAP Tahun 4. Hari Selasa dan Khamis minggu lepas, 18hb dan 20hb Jun, aku telah memduduki final exam untuk semester 8. Minggu ni sangat beremosional bagi kami. Kemungkinan ada antara kami yang tak akan bertemu lagi, jadi dikesempatan ini aku memohon maaf kepada semua kawan-kawan UniMAP yang mengenali diri ini. Aku minta maaf sekiranya ada menyakiti hati secara sengaja dan tidak sengaja, halalkan makan minum, barang-barang yang dipinjam dan segalanyalah. I love you all! Memori ini takkan terhenti disini sahaja. Semoga persahabatan kita tak akan terhenti disini dan akan berkekalan selama-lamanya. 


This is my UniMAP-ians friends which I love very dearly~ I am going to miss all of you very much!

Even time menulis entry ini hati aku menjadi sayu. You all the best! Best of luck to all of you my friends!

Thursday 30 May 2013

Kisah Hidup Seorang Kawan

Salam kepada semua.

Pada entry kali ini, aku akan menulis tentang seorang kawan. Aku mempunyai seorang kawan perempuan. Aku mengenalinya semasa kami di tadika lagi. Kawan aku ini agak istimewa. Istimewanya bukan kerana dia cacat anggota badan mahupun akal fikiran. Istimewanya disebabkan ibunya yang hilag akal fikiran setelah kematian suami, itulah cerita orang kampung yang aku tahu. 

Aku mengenali kawan aku ini semasa di tadika. Dia amat jarang datang kesekolah. Sungguhpun apabila dia datang kesekolah, keadaan dirinya amat teruk. Dia datang dalam keadaan busuk yang sangat, rambut yang tidak pernah bersikat dan mungkin baju yang tidak pernah berbasuh. Aku dan kawan-kawan yang lain selalu mengelak dari berkawan dengannya. Akan tetapi, atas nasihat cikgu, beberapa orang kawan lain dan aku mula bercakap dengannya. Dia seorang yang sukar berkawan, namun dia gemar bermain dengan permainan yang berada dalam tadika itu. Dia seorang yang pemarah dan berani. Apabila ada beberapa orang budak lelaki yang nakal mengejek ibunya yang kurang siuman itu, dia akan memarahi dan mengejar budak lelaki itu untuk membeikan pengajaran. 
Seingat aku, kami bersekolah bersama sehingga darjah 2. Aku dan dia berlainan kelas dan dia juga amat jarang datang kesekolah. masuk darjah 3, aku langsung lupa padanya. Ini kerana dia langsung tidak menjejakkan kakinya kesekolah lagi. Mungin dia sudah berhenti sekolah? Aku pun kurang pasti. Aku terdengar orang-orang tua bercerita bahawa ibunya dimasukkan ke institusi sakit jiwa. Dia kemudiannya di jaga oleh saudara mara. 

Aku kemudiannya masuk sekolah menengah harian biasa yang mempunyai asrama. Aku tinggal di asrama sehingga tingkatan 3. Tapi, setiap kali cuti sekolah aku akan balik ke rumah. Kadang-kadang, aku nampak ibunya berjalan-jalan di sekeliling kampung. Ibunya hanya tinggal di institusi sakit jiwa selama 2 tahun sahaja. Aku tidak pernah nampak kawan aku itu lagi, walaupun dengan ibunya. Kali terakhir aku melihat kawan aku itu adalah semasa kami darjah 2, dia sedang mengejar seorang budak lelaki yang mengejek-ejek ibunya. Sekarang, ibunya juga tiada lagi di kampung aku. Kemana mereka pergi, aku pun tidak pernah tahu dan tidak pernah ambil tahu sehinggalah sekarang.

Tujuan aku menulis entry ini bukan untuk mengaibkan sesiapa. Aku cuma teringat kawan istimewa aku dan ibunya yang malang itu dan tertanya-tanya bagaimana keadaan mereka sekarang. Semoga dia dilindungi dan dirahmati ALLAH S.W.A sentiasa. Aamin.

Wassalam.

Monday 27 May 2013

Ibu bapa yang pilih kasih

Salam semua...hari ni aku nak menceritakan kepada semua tentang ibubapa yang pilih kasih. Aku nak cerita pasal topik ni disebabkan aku mempunyai beberapa orang kawan yang merasakan ibubapa mereka pilih kasih.

Kebanyakkan cerita yang kawan-kawan aku ceritakan, ibubapa mereka selalu mendaluhukan anak-anak yang lain, selalu memarahi mereka, selalu menganggap kehadiran mereka ini menyusah kan. Betul ke? Kenapa boleh terjadi begitu? So disini aku nak kongsikan beberapa teori yang aku fikirkan dan juga cerita mengenai adik aku sendiri. Sungguhpun aku masih belum berkahwin dan menpunyai anak, aku telah membuat permerhatian terhadap kawan-kawan dan ahli keluarga yang lain.

Apa yang menyebabkan ibubapa pilih kasih? Mungkin anak-anak yang lain lebih rajin, lebih pandai dari anak yang dipinggirkan ataupun faktor jantina iaitu sebagai contoh, ibubapa mereka lebih cenderung untuk memanjakan anak lelaki atau anak perempuan mereka? Faktor ini boleh dikatakan mempunyai kebenaran. Kadangkala, anak-anak yang lain memahami situasi ibubapa mereka, menyebabkan mereka peka dengan keadaan sekeliling. mereka tidak meminta wang kalau melihat ibubapa mereka kesempitan wang, ataupun mereka membantu membuat kerja-kerja rumah seperti menyidai baju, melipat kain untuk meringankan beban ibubapa yang mencari rezeki. Jadi, pertama sekali, anak yang dipinggirkan perlulah memikirkan, mengapa mereka tidak begitu digemari ibubapa. Cuba ambil hati mereka dengan membantu ibubapa dan selalu menghiburkan hati mereka. Mungkin dengan ini anak-anak yang dipinggirkan dapat melembutkan hati ibubapa dan membuatkan ibubapa memberikan perhatian kepada mereka.

Akan tetapi, berdasarkan cerita yang aku dengar dari kawan-kawan yang lain, alasan mereka kerana selalu dimarahi amat tidak munasabah. Anak meminta duit untuk membeli ubat tetapi tidak dapat walhal baratus ribu telah dihabiskan untuk renovate rumah. Setelah mendengar cerita itu, aku terdiam tidak dapat memberikan sebarang pujukan. Mungkinkah aku patut mendengar penjelasan ibubapanya terlebih dahulu sebelum menyimpulkan situasi sebenar. Tapi, mana mungkin aku dapat bertanya kepada ibubapanya tentang soal itu. Disebabkan selalu terjadi demikian, anak itu merancang untuk duduk berjauhan setelah dapat berdikari sendiri. Berjauhan iaitu merantau dinegeri orang kerana rajuk. Aku menasihati dia, supaya jangan begitu kerana aku sendiri telah kehilanga ibubapa, jadi aku amat faham maksud ketiadaan mereka. Menangis sepanjang malam pun tiada guna..hanya rindu menebal. Akan tetapi, aku tahu diakhirat nanti aku akan bertemu juga dengan mereka. Bila ade hendak jauh, bila tiada nanti..hmm.. Jadi, aku hanya dapat menasihati kawan aku itu supaya banyak-banyaklah bersabar. Ustaz aku pernah berkata bahawa sabar itu tiada hadnya. Orang yang sabar disayangi Allah dan mungkin suatu hari nanti Allah akan membalas kesabaran mereka? Mungkin sahaja yang dapat aku katakan. 

Dalam keluarga aku, pernah juga terjadi situasi seperti ini. Adik lelaki aku yang dipangil Anchik dari kecil lagi telah dimanjakan arwah mak aku. Sifatnya yang nakal dan suka membuli adik bongsunya masih membuatkan dia adalah anak kesayangan arwah mak aku. Bila aku tanyakan kepada arwah mak dulu masa kecik-kecik "antara adik beradik kite, mak sayang siapa lebih?" Arwah mak menjawab mana dia ade sayang sesiapa lebih, semua dia sayang sama rata. Namun kami dapat rasakan yang adik lelaki aku disayangi lebih. Perkara ini tidak membuatkan kami cemburu kerana kami juga sayang kepada Anchik disebabkan badannya yang bulat dan comel. Mase kecik sehingga sekarang dia masih bulat (haha..jangan marah ye Anchik). Cume apabila besar, kecomelannya berkurangan berganti dengan 'ke-macho-an' pula. Hari peninggalan mak, umurnya baru 8@9 tahun.  Die demam, seminggu duduk termenung, tidak bermain seperti biasa. Buli adiknya pun tidak. 

Setelah kami besar, kakak-kakaknya dan abangnya merantau di negeri orang. Adik bongsunya pula tinggal di asrama. Jadi, yang ada dirumah hanya arwah ayah dan dia. Dia selalu mengadu bahawa ayah sering pilih kasih, memarahi, tidak sayang kepadanya. Apabila aku balik cuti, memang aku lihat macam ada kebenaran. Tapi lama-lama kemudian, aku sedar bahawa Anchik juga merupakan anak manja kepada ayah aku. Kenapa? Sebenarnya, ayah selalu marah die bukan tanpa sebab. Kadang-kadang sebab kucing-kucing aku yang banyak yang aku tinggalkan untuk die jaga. Kadang-kadang disebabkan dia tak membantu ayah menyidai kain baju. Semua kemarahan ayah ade sebabnya. Bagaimana aku tahu dia merupakan anak manja ayah? Pada pandangan aku, memang dialah anak manja ayah, peneman ayah, berbual-bual dengan ayah adalah perkara normal untuk mereka. Apa yang die mintak, semua dia dapat. Mintak game yang berharga ratus-ratus? Dapat. Mintak ayah bawakan pergi beli cd game? Dapat. Game rosak, mintak ayah bawak pergi kedai untuk betulkan? Ayah bawak walaupun membebel. Mintak KFC? Dapat. Mintak roti john? Dapat. Mintak nak makan burger memalam hari? Ayah naik moto pergi beli atau ayah kasik duit suruh die beli. Sume yang die mintak die dapat. Akan tetapi, aku tak rasakan pun yang Anchik sedar yang die merupakan anak manja arwah ayah. Yang die selalu sedar dan selalu ingat bahawa ayah selalu marah pada die. Tapi itu dulu, sekarang ni, mungkin die dah sedar. Al-Fatihah kepada ibubapa kami. 

Jadi, mungkin sedikit sebanyak perkongsian aku ini dapat membuka hati anak-anak dan ibubapa lain diluar sana yang membaca entry ini. Wassalam~

Saturday 18 May 2013

Hari kejadian

Salam...ari ni aku nak cerita pasal salah..

Sejak aku masuk tahun 4 dan sejak aku bawak moto ke U ni, aku selalu sorang2. Lagi2 masuk sem 2 ni sebab masing-masing sibuk sangat dengan FYP. (Tapi aku macam x je? Huhu)

Pagi tadi, 18hb Mei 2013 ade satu program 7Pillars yang wajib untuk semua pelajar tahun 4. PPK Bahan punye program adalah kat Pauh Putra...jauhnye selama 20 minit naik kereta atau 30 minit naik moto (itu kalau aku bawak la sebab aku bawak lembap..haha), so kirenyaa tempat tu jauh jugak la dari tempat kediaman kami. 
Malam sebelum hari kejadian, aku dah deal dengan seorang kawan aku ni nak naik bas ke Pauh Putra tu. Lepas tu, rumate aku pulak tanye nak naik kereta tak dengan classmate kitorang yang lain. Aku cakap, sorry, aku dah deal ngan orang lain nak naik bas. Lepastu, dalam pukul 12.30am aku pun masuk tdo. Bile aku bangun, aku tengok kawan yang aku deal nak naik bas hantar sms (sms tu dihantar dalam pukul 1am) tu ajak konvoi naik moto. Aku pon, ok la..boleh je sebab aku pon ade moto. 
Pagi tu aku siap2...pergi kat moto. Then, die cakap, kte pegi dengan yang lain tau... Aku pun..ok...xkisah la...walaupun sebenarnya aku sedikit janggal dengan kawan sekelas aku yang lain tu. Aku tengok moto diorang lain dari mto aku yang hanya EX5 ni (baru aku sedar, selame ni x sedar pon..haha), klu pecut, memang sah aku kene tinggal kat belakang..T_T. Sampai di Pauh Putra, ktorg kene dudok kat seat yang mane2 kosong, sebab dtg lmbt pon, asal ade tmpt dudok, jauh pon jauh la dari memasing..yg tu normal la.. 

Then, ade satu time ni diorang nak keluar g makan, diorang xajak pon..hmmm...kecik ati sikit... Tapi pastu diorang sms, "Naz, jom la makan". Aku pun lapar, tapi..haha...xpelah... Nanti kalau aku pergi rase janggal lak... Ade satu mase tu, speaker bagi mase rehat 7minit. Aku pon pergi la ke cafe tempat diorang lepak. Aku tengok diorang sume dah abes makan..hmmm...salah aku jugak xikot.. Tp nseb aku baik sebab ade kawan yang sudi teman makan. Tq very much kawan. Aku pon mkn cepat2, tp masuk lecture hall lmbat jugak pastu..hehe.. 

Then, ade lunch break pulak... Diorang nak g Library, kat situ boleh lepak2, selesa sikit... Diorang ajak aku, bersungguh-sungguh, tapi aku xnak. Kejanggalan aku menolak ajakan diorang. Aicheeehh..

Then aku dudok sorang-sorang kat dalam lecture hall sambil main game snake gune hp nokia 101 aku. (muke kesian sebab zaman sekarang ak xpakai android lagi..haha). Sedang aku asyik main game, kawan-kawan aku yang lain tegur aku, n ajak aku ikot diorang g makan. Aku dah makan, tapi aku ikut je...mnum2.. After that, kitorang g library jugak, amek2 gamba kat situ sebab library UniMAP ni kan cool..haha... 

Inilah perpustakaan UniMap

Perpustakaan UniMAP view lain

Ini adalah lobi dalam perpustakaan ini


Masuk lectura hall untuk sesi petang pulak, aku duduk di sebelah kawan aku yang aku ikot tadi. Aku tengok tempat yang aku duduk sebelum tu, xde pon geng2 konvoi moto aku. Maybe diorang dudok tempat lain kot. Aku xpikir pon. Dalam mendengar ceramah yang diberikaan, aku tertidur. (Minta maaf en.speaker). 10-15 minit sebelum ceramah habis, aku terjaga, agak mamai. Lepas je ceramah habis, aku pon keluar lecture hall dan trus ke parking moto. Naik moto, trus jalan balik. Nseb baik ramai gak yang aku boleh follow balik Kangar. Kalau x, boleh sesat aku..hehe. 

Atas moto, bru aku teringat sepatunye aku msg diorang sume yang aku balik dulu. Tapi, aku xjugak msg. Mungkin di sebabkan aku xdapt fikir, bru bgn tdo or mungkin aku malas nk seluk poket amek hp? Bile dah dekat dengan kangar, baru aku seluk poket amek hp, ade msg. "Naz, ko da blik ke?" Aku pon reply "Da". Di sebabkan aku atas moto, aku xdapat la nak reply panjang2. Tp disebab kan aku balik dulu petang tadi tanpa bagitahu kat diorang telah menyebabkab satu isu yang xserius tapi terasa di hati. 

Hmmm.....minta maaf kepada sume yang tadi....  I'm very sorry. 

Wednesday 15 May 2013

Jalinan Kasih di Baling, Kedah - 11 Mei 2013

Salam...
Sabtu lalu, 11 Mei 2013, kumpulan yayasan Bantuan Tunku Abdul Rahman UniMAP (BTAR UniMAP) mengadakan satu program amal di Rumah Anak Yatim dan Miskin Aman, Baling Kedah. Program disertai 18 orang ahli BTAR (sepatutnya 20 orang) dan kami menjemput 19 orang ahli Kelab Penyayang UniMAP. Anak-anak dirumah itu berjumlah 27 orang sahaja.

Program seperti ini sememangnya program yang pertama pernah aku ikuti. Jadi, lepas ni, bolehlah aku ikut serta lagi. Untuk program yang pertama pernah kami anjurkan, mungkin ianya satu program yang memuaskan. Hehe..(masuk bakul angkat sendiri). Tapi, disebab aku sudah di tahun akhir, semester akhir, mungkin setakat inilah jelah. 

Di rumah itu, kami adakan program aktiviti indoors seperti kerusi muzik, lukisan karat dan kotak beracun. Pada sebelah petangnya, kami membawa penghuni rumah itu yang berumur diantara 7 tahun hingga 17 tahun pergi ke kolam air panas di Baling. Memang seronok dapat pergi ke tempat itu dengan mereka. 

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat kami rakamkan :)

Kami sampai pukul 1 pm disebabkan sesat. Sesampai sahaja, kami dijamukan dengan makanan dan solat zuhur.


Selepas solat, kami memulakan permainan. Ini adalah salah satu permainan yang dijalankan iaitu kerusi muzik.


Acara penyampaian hadiah utuk setiap kumpulan. Ini wakil sahaja, si kembar comel. :)

Bergambar di depan pintu masuk kolam air panas.

Si baju merah hadapan, si bertutup litup di belakang 2 orang ini adalah antara ahli BTAR dan Kelab Penyayang.

Kawasn kolam air panas. Baru pukul 6 pm, so orang xramai lagi time ni.

Masuk kolam air panas waktu siang..haha...best..trylah...
Selepas itu, kami menghantar penghuni rumah itu ke asrama mereka dan kami pun memulakan perjalanan pulang ke UniMAP. Jadi, sekian sahaja cerita saya kali ini. Semoga dapat kami dapat mengikuti program-program seperti ini lagi. 

Wassalam~

Friday 3 May 2013

Newcomer in the family~

Harith~ This is my first nephew. Before Harith, I've got 2 nieces. They all so adorable.

New born Harith~

3 month old Harith~


Terima kasih, kawan!

Salam.. untuk kawan ku....

Kepada kawanku, 
Terima kasih kerana menerimaku seadanya.
Aku bukanlah sahabat sejati, namun aku mencuba untuk menjadi sahabat yang bagus untukmu.
Kawanku, 
Terima kasih untuk nasihat-nasihat yang berguna yang pernah kau katakan padaku.
Kau katakan "janganlah mudah membenci orang, kerana kita sendiri tidak suka jika dibenci orang".
Benar katamu itu kawanku, dahulu aku amat mudah untuk membenci sesiapa yang aku tidak sukai, namun kini aku sedar, aku juga tidak suka jika aku juga dibenci orang.
Terima kasih sekali lagi untuk nasihatmu kawanku.
Terima kasih.

Thursday 21 March 2013

Pigeon a.k.a Merpati in Malay

Salam to all~

I have this story i want to share which happen to me last week.

One day, after volley ball training, on a rainy evening, my dear friend found an injured pigeon. She gave it to me. The bird was quite young and very ill I supposed. It (I do not know if the bird male/female) cannot eat because the are some 'thing' in its throat causing its beak in a weird position. It cannot eat and it cannot fly. That 'thing' is so big for a small bird.

I gave the bird some oats and water because it cannot eat solid food like the other pigeons.
As I nursing for the bird, I try to remove the 'thing' from its throat. Unfortunately, it is not the wise decision to make because the 'thing' is bleeding. Luckily, only a little bit of the thing I tried to remove, so the bleeding was not very serious. 

On the third night, I decided to see veterinarian on the next morning. The next morning, I wake up and see it, and I know it could not hold much longer. I cared for the bird for 4 days. The bird died in my care on the fourth day. I feel very guilty, I could not care for the bird and causing its death. 

After that, I searched on the internet. The bird sickness is called canker. An illness that always attack young pigeon.

I am very sorry towards the bird. I am so sorry bird. T_T

Wednesday 13 February 2013

Hadiah Birthday aku yang paling bermakna~

Salam all. Ni ade satu cerita yang aku ingat dan ak nak ingat sampai bile2. Ak tulis kat blog ni supaya ak xlupa dan supaya kalau aku lupe, ade orang boleh ingatkan balik.

Waktu aku 1-10 tahun, ak xingat sangat macamane ak sambut besday ak. Mungkin share denagn adik-beradik lain atau ngn sepupu2 lain.

Bile ak umur 11 tahun, kawan2 sambut besdaay aku kat tepi pantai. Buat kek gune pasir, amek2 gambar. Xpergi jauh2 pon, tepi sekolah je...
12 tahun rase2nye xsambut besday kot..prepare UPSR-lah konon. 

Waktu umur ak 13-15 tahun pun xsambut rasenye.
Tapi, bile da meningkat 16 tahun-18 tahun, tiap2 tahun kawan2 sambut besday kat KFC Masjid Tanah. Best memang best, ade kek, ade hadiah. 

Bile masuk matrix Perak sampai masuk UniMAP, kawan2 just wish pakai sms je sebab time besday ak mesti dah cuti sem.
Tapi time kat gumah, waktu aku Tahun 1 UniMAP, adik laki ak yg manje tu blikan kek..terharu..huhu...

Lepas Tahun 2 , cuti 4 bulan sebelum masuk Tahun 3, aku kerje part time kat KFC Masjid Tanah. (Macam xde tempat lain). Kat sini ade sorang kawan ak yang gile2 kenekan aku. Xpernah aku terkene sebegitu sepanjang hidup aku. Disimbah air mop, pastu di baling ngn tepung. Habis helmet ak. Memang kene buang je helmet tu.

Tapi, dalam banyak2 hadiah besday, aku paling suke tahun lepas punye besday sebab, Arwah ayah wish it. Tengah duduk kat meja makan, makan2 sambil borak2. Ayah masuk bilik ambil tuala nk g mandi. Sebelum tu singgah kat meja makan. Sambil tepuk dua2 bahu aku dari belakang die wish "hepi besday nak!" Ak just senyum je... "wish je ke yah? Kek xde?" 

Walaupun hanya wish, itu hadiah terakhir yang ak dapat dari ayah yang aku sangat hargai dan xmungkin ak dapat lg, Al-Fatihah untuk  arwah ayah dan mak.

Sunday 10 February 2013

Milo~

Salam all~

Cuti semester dah nak hbis, tgal seminggu je lagi, tp aku xcuti2 pon lg..huhu....
Kawan2 sume dah blik kg masing2. Aku pulak dok sorg2 kat Wang Ulu ni..huhu... Nseb bek aku ade Milo, si hamster yg kecik lg comel ni..haha... Boleh la ak borak2 ngn Milo..haha...
Tp, tuan si Milo ni blik Isnin ni, cmne...huhu..
Lantaklah, aku nk jugak culik Milo ni lg seminggu..ahahaha...
Ari Jumaat bru ak kasik kat tuan die blik..haha..

Daa~
P/S: kpd tuan Milo, jgn harap dapat Milo ari senin ni..hahahaha...