MR. KAYASHIMA

Saturday, 7 April 2012

Hafiz & Ayu~~Di Gumah Pengantin Perempuan~~

Salam sume. Hari ni aku nak cite pasal abang aku dan kakak ipar aku yang baru. Abdul Hafiz bin Mat Amin dan Siti Ayu Mardhiah binti Mohd Nusi. Mereka telah mendirikan rumah tangga pada 06 April 2012 bersamaan 15 Jamadilawal 1433 Hijrah, hari Jumaat.

Hari pernikahan Hafiz & Ayu~

Sebelumnya, kitorang bertolak dari Melaka tengahari itu untuk sampai ke surau di Wangsa Maju pada pukul 5 petang. Dah sampai tu, kitorang melepak2 dulu kat luar surau tu, menunggu pengantin perempuan sampai. Rombongan sebanyak 2 kereta, 1 van.

Melepak2 sambil minum petang..hehe..

Ini Wany, cucu 1st dalam family aku. Die keno ikot rombongan ni sebab papa die tengah tunggu mama die kat hospital. Wany nak dapat adik baru..hahaha~


Hari Sabtu pulak hari persandingan dorang. Meh la tengok gambar2 ni, aku ceritakan berdasarkan gambar..hehehe..

Tema warna: Blue+Silver.

Ni ayah pengantin lelaki, a.k.a ayah aku, En. Mat Amin. Sebelah tu, yang si kenit yang nampak kepala tu cucu 1st die.

Majlis menepung tawar kot yang ni. Cucu still kat sebelah je. Sebenarnye ni salah satu cara orang2 zaman nenek moyang kite nak doakan rezeki yang berpanjangan untuk pasangan yang baru berkahwin. Adat ni masih ade yang meneruskan macam kitorang..hehe..

Ni kek pengantin. Kek tingkat..hohoho~

Acara potong kek~

Pengantin lelaki menyuap pengantin perempuan kek.

Pengantin perempuan menyuap pengantin lelaki kek pulak.

Nak tengok hantaran? Nilah die hantarannye. 9 hantaran daripada pihak lelaki dibalas 11 hantaran dari pihak perempuan.

Ni hantaran pengantin lelaki~

Ni hantaran pengantin perempuan~

Lepas makan2 di majlis tu, rombongan tadi pon berangkat pulang ke Melaka. Tinggallah pengantin lelaki sesorang kat situ..huahuahua.. Ofcos la kan..haha~
Pastu, kitorang ni terus ke Hospital Besar Melaka sebab mak si Wany ni nak wat operation. Ninie nak dapat adik baru dah.. And pada 07 April 2012, pukul 5 lebih Wany dah selamat dapat seorang adik perempuan yang comel..hehehe.. Pertambahan 2 orang ahli keluarga 2 hari berturut2. Kakak ipar pada 06 April 2012 dan anak buah perempuan pada 07 April 2012.

Inilah baby baru tu..xde name lagi.. Kene buli dengan nenek~

Rambut saya macam kakak Wany mase baby~

Saya baik aje bile nenek angkat saya~ 

Comel x? Inilah yang terjadi dalam family aku hujung minggu ni. Hahaha..memang berbaloi ponteng kelas ari Jumaat. Opss!!! Hehehe.. 
Ok lah..sampai sini je entry kali ni.. Kitorang nak g tengok baby baru ni kat hospital ni.. Daa~

1 comment: