MR. KAYASHIMA

Friday, 16 November 2012

Forest of Fireflies~

Salam all...

Aku just bagi review skit pasal cerite yang aku baru tengok tadi...tacing.... Cerita die mengisahkan tentang seorang manusia dengan 'seorang' spirit. Cerita ni best.

Mengisahkan tentang bagaimana seorang kanak-kanak perempuan, Hotaru yang  tersesat dalam hutan lalu bertemu Gin, 'seorang' spirit yang berbentuk seperti remaja lelaki manusia.  Gin pun menolong Hotaru dengan membawa dia keluar dari hutan tersebut. Namun Gin mempunyai satu kelemahan iaitu dia tidak boleh disentuh oleh manusia. Jika dia menyentuh atau disentuh oleh manusia, dia akan hilang. Hilang = Disappeared.

"No matter what, don't touch me Gin."

Semenjak dari peristiwa itu, sepanjang musim panas, Hotaru akan datang ke hutan tersebut untuk bermain-main bersama Gin. Tetapi apabila habis sahaja musim panas, Hotaru terpaksa balik ke rumahnya sebab hanya masa cuti musim panas sahaja dia duduk di rumah pak cik dia.

Setiap tahun pada setiap cuti musim panas, Hotaru akan datang ke rumah pak cik dia. Jadi, hanya pada musim panas sahaja dia dapat bertemu dengan Gin. Perkara ini berlaku tiap-tiap tahun sehinggalah Hotaru masuk sekolah menengah. Apabila Hotaru dah sekolah menegah, Hotaru perasan bahawa Gin xpernah membesar. Umur dan sifat fizikal Gin tetap sama seperti yang dia jumpa waktu kecil dulu.

Berjalan time perayaan musim panas~

Kat sini dapatlah digambarkan bahawa mereka ni jatuh cinta antara satu sama lain namun mereka xboleh bersentuhan. Jika tidak Gin akan hilang.

So, korang rase ape akan terjadi? Rase-rase diorang bercinta x? Kalau nak tau, cariklah cerita ni..tengok... Hahaha... Boleh ke manusia bercinta dengan spirit?

Cerita ni aku bagi 3.5 bintang daripada 5 bintang...yeahhh..

Tengoklah...

Daa~


Wednesday, 14 November 2012

Gentlemen's Dignity~

Salam all..

Recently aku ade tengok satu cerita drama korea yang bertajuk Gentlemen's Dignity. Cerita tu mengisahkan tentang kehidupan 4 orang lelaki, Kim Do Jin, Im Tae San, Lee Jung Ruk dan Choi Yoon yang telah berkawan baik sejak sekolah menengah sampailah umur mereka mencecah 41 tahun, persahabatan mereka tetap kekal walaupun umur dah meningkat.
Aku sangat kagum dan jeles dengan friendship mereka. Tak kira apa pun yang berlaku, diorang still together dan saling tolong antara satu sama lain.... Jelesnya.....
Selain dari friendship diorang, ade jugak menceritakan tentang kisah cinta setiap seorang dari mereka.

Lee Jung Ruk ni konon-kononnya leader antara mereka dan dah 7 tahun berkahwin dengan seorang perempuan kaya yang lagi tua dari dia, Park Min Sook. Lee Jung Ruk owner sebuah cafe dan sebuah bar. Kirenye die ni kaya la.. Lee Jung Ruk tak habis-habis menyusahkan kawan-kawan baik die dan isterinya selalu ugut cerai dengan dia. Watak ni adalah watak kedua yang aku suka dalam cerita ni sebabnya walaupun dia seorang playboy, namun dia seorang yang klaka, romantik dan sebenarnya sangat sayang dengan isterinya. Setiap masalah yang Lee Jung Ruk timbulkan sampaikan isteri die naik angin, kawan-kawan baik dia nilah yang akan tolong selesaikan. :)

Watak pertama yang aku suke adalah watak Kim Do Jin. Watak ni bolehlah dikatakan watak utama dalam cerita ni. Dia jatuh cinta dengan seorang cikgu yang bernama Seo Yi Soo tapi malangnya cikgu tu jatuh cinta dengan salah sorang kawan baik die, Im Tae San. Tapi masalahnye, Im Tae San ni bercinta dengan housemate cikgu tu, pemain golf iaitu Hong Se Ra. 

Im Tae San dan Kim Do Jin ni pulak business partner. Diorang ni arkitek. Complicated dan menarik betul hubungan diorang ni.

Selain dari arkitek, Im Tae San ni jugak pemain baseball untuk pasukan Blue Cat. Pasukan ni di tubuhkan oleh mereka sendiri. Antara 4 orang ni, hanya Im Tae San dengan Choi Yoon je yang main baseball. Yang lain main bile kene paksa dengan Im Tae San je..haha... Im Tae San mempunyai seorang adik perempuan, Im Me Ah Ri. Beza umur dia dengan adiknya adalah 17 tahun. Adik dia ni suka kat salah seorang kawan baik dia iaitu Choi Yoon. Im Tae San sangat menentang keras kalau mereka ni bercinta.

Choi Yoon ni pulak seorang peguam dan yang paling rasional antara mereka. Dia nilah yang selalu selesaikan masalah-masalah kawan-kawan dia, legally. Choi Yoon pernah berkahwin dan isterinya telah pun meninggal. Then, secara perlahan-lahan dia suka kat Im Me Ah Ri yang selalu luahkan perasaan pada dia. Namun die pendamkan perasaan tu sebab kawan baik die dan sebab perbezaan umur yang terlalu jauh. Choi Yoon berumur 41 tahun manakala Im Me Ah Ri berumur 24 tahun. 



The Gentlemen~

Menarik cerita ni.. 
Bagi sesiapa yang minat cerita-cerita korea ni, aku sarankan tengok cerita ni. Kelakar, romantik, full of friendship-ness dan semua jenis hubungan ada dalam ni...


Relationship~


BEST! DAEBAK! haha.. :)
Daa~