Recently aku ade tengok satu cerita drama korea yang bertajuk Gentlemen's Dignity. Cerita tu mengisahkan tentang kehidupan 4 orang lelaki, Kim Do Jin, Im Tae San, Lee Jung Ruk dan Choi Yoon yang telah berkawan baik sejak sekolah menengah sampailah umur mereka mencecah 41 tahun, persahabatan mereka tetap kekal walaupun umur dah meningkat.
Aku sangat kagum dan jeles dengan friendship mereka. Tak kira apa pun yang berlaku, diorang still together dan saling tolong antara satu sama lain.... Jelesnya.....
Selain dari friendship diorang, ade jugak menceritakan tentang kisah cinta setiap seorang dari mereka.
Lee Jung Ruk ni konon-kononnya leader antara mereka dan dah 7 tahun berkahwin dengan seorang perempuan kaya yang lagi tua dari dia, Park Min Sook. Lee Jung Ruk owner sebuah cafe dan sebuah bar. Kirenye die ni kaya la.. Lee Jung Ruk tak habis-habis menyusahkan kawan-kawan baik die dan isterinya selalu ugut cerai dengan dia. Watak ni adalah watak kedua yang aku suka dalam cerita ni sebabnya walaupun dia seorang playboy, namun dia seorang yang klaka, romantik dan sebenarnya sangat sayang dengan isterinya. Setiap masalah yang Lee Jung Ruk timbulkan sampaikan isteri die naik angin, kawan-kawan baik dia nilah yang akan tolong selesaikan. :)
Watak pertama yang aku suke adalah watak Kim Do Jin. Watak ni bolehlah dikatakan watak utama dalam cerita ni. Dia jatuh cinta dengan seorang cikgu yang bernama Seo Yi Soo tapi malangnya cikgu tu jatuh cinta dengan salah sorang kawan baik die, Im Tae San. Tapi masalahnye, Im Tae San ni bercinta dengan housemate cikgu tu, pemain golf iaitu Hong Se Ra.
Im Tae San dan Kim Do Jin ni pulak business partner. Diorang ni arkitek. Complicated dan menarik betul hubungan diorang ni.
Selain dari arkitek, Im Tae San ni jugak pemain baseball untuk pasukan Blue Cat. Pasukan ni di tubuhkan oleh mereka sendiri. Antara 4 orang ni, hanya Im Tae San dengan Choi Yoon je yang main baseball. Yang lain main bile kene paksa dengan Im Tae San je..haha... Im Tae San mempunyai seorang adik perempuan, Im Me Ah Ri. Beza umur dia dengan adiknya adalah 17 tahun. Adik dia ni suka kat salah seorang kawan baik dia iaitu Choi Yoon. Im Tae San sangat menentang keras kalau mereka ni bercinta.
Choi Yoon ni pulak seorang peguam dan yang paling rasional antara mereka. Dia nilah yang selalu selesaikan masalah-masalah kawan-kawan dia, legally. Choi Yoon pernah berkahwin dan isterinya telah pun meninggal. Then, secara perlahan-lahan dia suka kat Im Me Ah Ri yang selalu luahkan perasaan pada dia. Namun die pendamkan perasaan tu sebab kawan baik die dan sebab perbezaan umur yang terlalu jauh. Choi Yoon berumur 41 tahun manakala Im Me Ah Ri berumur 24 tahun.
The Gentlemen~ |
Menarik cerita ni..
Bagi sesiapa yang minat cerita-cerita korea ni, aku sarankan tengok cerita ni. Kelakar, romantik, full of friendship-ness dan semua jenis hubungan ada dalam ni...
Relationship~ |
BEST! DAEBAK! haha.. :)
Daa~
No comments:
Post a Comment