MR. KAYASHIMA

Sunday, 20 October 2013

Convocation UniMAP 2013

Assalamualaikum all.

On 22nd September 2013, I have officially graduated from University Malaysia Perlis. It was memorable, fun, and a lots of friendship. Our journey for 4 years has come to an end. Some of us has started to work and some of us are furthering their studies to the higher level. That day, we keep our memories using cameras.
















Good bye friends. This is our memories~

Sunday, 21 July 2013

Temuduga! Temuduga! Temuduga!

Salam all

Untuk beberapa bulan sehingga sekarang, aku telah pergi ke beberapa sesi temuduga. Tidak kiralah kat mane kompani itu terletak, aku pergi sahaja untuk interview. Kedah, Penang, Shah Alam, Selangor, Terengganu. Tapi, mungkin interpersonal skill aku masih kurang. Hmm...da sebulan aku menganggur ni.

Hari ni, esok dan lusa aku ade interview lagi di Petaling Jaya, Petaling Jaya dan di Seremban. Harap-harap aku semangat berinterview nanti. Doakan aku berjaya berinterview. 

Sekian, ingat daku dalam doamu..hahaha, dan aku pun akan ingat kamu dalam doaku.

Sunday, 23 June 2013

My UniMAP-ians Friends, I love you all!

Salam all.

Hari ni aku nak mengisi ruang kosong di blog dan dalam ruang mase yang ade ni. Padahal sepatutnya aku study untuk interview esok ni. Doakan segalanya berjalan lancar ye. Aku call adik aku tadi. Dengar cerita macam teruk sangat jerebu kat Melaka ni. Jiran lalu kat jalan belakang rumah pun xnampak ni..waaa...dahsyat. 

Anyways, aku nak cerita pasal minggu terakhir aku sebagai seorang pelajar UniMAP Tahun 4. Hari Selasa dan Khamis minggu lepas, 18hb dan 20hb Jun, aku telah memduduki final exam untuk semester 8. Minggu ni sangat beremosional bagi kami. Kemungkinan ada antara kami yang tak akan bertemu lagi, jadi dikesempatan ini aku memohon maaf kepada semua kawan-kawan UniMAP yang mengenali diri ini. Aku minta maaf sekiranya ada menyakiti hati secara sengaja dan tidak sengaja, halalkan makan minum, barang-barang yang dipinjam dan segalanyalah. I love you all! Memori ini takkan terhenti disini sahaja. Semoga persahabatan kita tak akan terhenti disini dan akan berkekalan selama-lamanya. 


This is my UniMAP-ians friends which I love very dearly~ I am going to miss all of you very much!

Even time menulis entry ini hati aku menjadi sayu. You all the best! Best of luck to all of you my friends!

Thursday, 30 May 2013

Kisah Hidup Seorang Kawan

Salam kepada semua.

Pada entry kali ini, aku akan menulis tentang seorang kawan. Aku mempunyai seorang kawan perempuan. Aku mengenalinya semasa kami di tadika lagi. Kawan aku ini agak istimewa. Istimewanya bukan kerana dia cacat anggota badan mahupun akal fikiran. Istimewanya disebabkan ibunya yang hilag akal fikiran setelah kematian suami, itulah cerita orang kampung yang aku tahu. 

Aku mengenali kawan aku ini semasa di tadika. Dia amat jarang datang kesekolah. Sungguhpun apabila dia datang kesekolah, keadaan dirinya amat teruk. Dia datang dalam keadaan busuk yang sangat, rambut yang tidak pernah bersikat dan mungkin baju yang tidak pernah berbasuh. Aku dan kawan-kawan yang lain selalu mengelak dari berkawan dengannya. Akan tetapi, atas nasihat cikgu, beberapa orang kawan lain dan aku mula bercakap dengannya. Dia seorang yang sukar berkawan, namun dia gemar bermain dengan permainan yang berada dalam tadika itu. Dia seorang yang pemarah dan berani. Apabila ada beberapa orang budak lelaki yang nakal mengejek ibunya yang kurang siuman itu, dia akan memarahi dan mengejar budak lelaki itu untuk membeikan pengajaran. 
Seingat aku, kami bersekolah bersama sehingga darjah 2. Aku dan dia berlainan kelas dan dia juga amat jarang datang kesekolah. masuk darjah 3, aku langsung lupa padanya. Ini kerana dia langsung tidak menjejakkan kakinya kesekolah lagi. Mungin dia sudah berhenti sekolah? Aku pun kurang pasti. Aku terdengar orang-orang tua bercerita bahawa ibunya dimasukkan ke institusi sakit jiwa. Dia kemudiannya di jaga oleh saudara mara. 

Aku kemudiannya masuk sekolah menengah harian biasa yang mempunyai asrama. Aku tinggal di asrama sehingga tingkatan 3. Tapi, setiap kali cuti sekolah aku akan balik ke rumah. Kadang-kadang, aku nampak ibunya berjalan-jalan di sekeliling kampung. Ibunya hanya tinggal di institusi sakit jiwa selama 2 tahun sahaja. Aku tidak pernah nampak kawan aku itu lagi, walaupun dengan ibunya. Kali terakhir aku melihat kawan aku itu adalah semasa kami darjah 2, dia sedang mengejar seorang budak lelaki yang mengejek-ejek ibunya. Sekarang, ibunya juga tiada lagi di kampung aku. Kemana mereka pergi, aku pun tidak pernah tahu dan tidak pernah ambil tahu sehinggalah sekarang.

Tujuan aku menulis entry ini bukan untuk mengaibkan sesiapa. Aku cuma teringat kawan istimewa aku dan ibunya yang malang itu dan tertanya-tanya bagaimana keadaan mereka sekarang. Semoga dia dilindungi dan dirahmati ALLAH S.W.A sentiasa. Aamin.

Wassalam.

Monday, 27 May 2013

Ibu bapa yang pilih kasih

Salam semua...hari ni aku nak menceritakan kepada semua tentang ibubapa yang pilih kasih. Aku nak cerita pasal topik ni disebabkan aku mempunyai beberapa orang kawan yang merasakan ibubapa mereka pilih kasih.

Kebanyakkan cerita yang kawan-kawan aku ceritakan, ibubapa mereka selalu mendaluhukan anak-anak yang lain, selalu memarahi mereka, selalu menganggap kehadiran mereka ini menyusah kan. Betul ke? Kenapa boleh terjadi begitu? So disini aku nak kongsikan beberapa teori yang aku fikirkan dan juga cerita mengenai adik aku sendiri. Sungguhpun aku masih belum berkahwin dan menpunyai anak, aku telah membuat permerhatian terhadap kawan-kawan dan ahli keluarga yang lain.

Apa yang menyebabkan ibubapa pilih kasih? Mungkin anak-anak yang lain lebih rajin, lebih pandai dari anak yang dipinggirkan ataupun faktor jantina iaitu sebagai contoh, ibubapa mereka lebih cenderung untuk memanjakan anak lelaki atau anak perempuan mereka? Faktor ini boleh dikatakan mempunyai kebenaran. Kadangkala, anak-anak yang lain memahami situasi ibubapa mereka, menyebabkan mereka peka dengan keadaan sekeliling. mereka tidak meminta wang kalau melihat ibubapa mereka kesempitan wang, ataupun mereka membantu membuat kerja-kerja rumah seperti menyidai baju, melipat kain untuk meringankan beban ibubapa yang mencari rezeki. Jadi, pertama sekali, anak yang dipinggirkan perlulah memikirkan, mengapa mereka tidak begitu digemari ibubapa. Cuba ambil hati mereka dengan membantu ibubapa dan selalu menghiburkan hati mereka. Mungkin dengan ini anak-anak yang dipinggirkan dapat melembutkan hati ibubapa dan membuatkan ibubapa memberikan perhatian kepada mereka.

Akan tetapi, berdasarkan cerita yang aku dengar dari kawan-kawan yang lain, alasan mereka kerana selalu dimarahi amat tidak munasabah. Anak meminta duit untuk membeli ubat tetapi tidak dapat walhal baratus ribu telah dihabiskan untuk renovate rumah. Setelah mendengar cerita itu, aku terdiam tidak dapat memberikan sebarang pujukan. Mungkinkah aku patut mendengar penjelasan ibubapanya terlebih dahulu sebelum menyimpulkan situasi sebenar. Tapi, mana mungkin aku dapat bertanya kepada ibubapanya tentang soal itu. Disebabkan selalu terjadi demikian, anak itu merancang untuk duduk berjauhan setelah dapat berdikari sendiri. Berjauhan iaitu merantau dinegeri orang kerana rajuk. Aku menasihati dia, supaya jangan begitu kerana aku sendiri telah kehilanga ibubapa, jadi aku amat faham maksud ketiadaan mereka. Menangis sepanjang malam pun tiada guna..hanya rindu menebal. Akan tetapi, aku tahu diakhirat nanti aku akan bertemu juga dengan mereka. Bila ade hendak jauh, bila tiada nanti..hmm.. Jadi, aku hanya dapat menasihati kawan aku itu supaya banyak-banyaklah bersabar. Ustaz aku pernah berkata bahawa sabar itu tiada hadnya. Orang yang sabar disayangi Allah dan mungkin suatu hari nanti Allah akan membalas kesabaran mereka? Mungkin sahaja yang dapat aku katakan. 

Dalam keluarga aku, pernah juga terjadi situasi seperti ini. Adik lelaki aku yang dipangil Anchik dari kecil lagi telah dimanjakan arwah mak aku. Sifatnya yang nakal dan suka membuli adik bongsunya masih membuatkan dia adalah anak kesayangan arwah mak aku. Bila aku tanyakan kepada arwah mak dulu masa kecik-kecik "antara adik beradik kite, mak sayang siapa lebih?" Arwah mak menjawab mana dia ade sayang sesiapa lebih, semua dia sayang sama rata. Namun kami dapat rasakan yang adik lelaki aku disayangi lebih. Perkara ini tidak membuatkan kami cemburu kerana kami juga sayang kepada Anchik disebabkan badannya yang bulat dan comel. Mase kecik sehingga sekarang dia masih bulat (haha..jangan marah ye Anchik). Cume apabila besar, kecomelannya berkurangan berganti dengan 'ke-macho-an' pula. Hari peninggalan mak, umurnya baru 8@9 tahun.  Die demam, seminggu duduk termenung, tidak bermain seperti biasa. Buli adiknya pun tidak. 

Setelah kami besar, kakak-kakaknya dan abangnya merantau di negeri orang. Adik bongsunya pula tinggal di asrama. Jadi, yang ada dirumah hanya arwah ayah dan dia. Dia selalu mengadu bahawa ayah sering pilih kasih, memarahi, tidak sayang kepadanya. Apabila aku balik cuti, memang aku lihat macam ada kebenaran. Tapi lama-lama kemudian, aku sedar bahawa Anchik juga merupakan anak manja kepada ayah aku. Kenapa? Sebenarnya, ayah selalu marah die bukan tanpa sebab. Kadang-kadang sebab kucing-kucing aku yang banyak yang aku tinggalkan untuk die jaga. Kadang-kadang disebabkan dia tak membantu ayah menyidai kain baju. Semua kemarahan ayah ade sebabnya. Bagaimana aku tahu dia merupakan anak manja ayah? Pada pandangan aku, memang dialah anak manja ayah, peneman ayah, berbual-bual dengan ayah adalah perkara normal untuk mereka. Apa yang die mintak, semua dia dapat. Mintak game yang berharga ratus-ratus? Dapat. Mintak ayah bawakan pergi beli cd game? Dapat. Game rosak, mintak ayah bawak pergi kedai untuk betulkan? Ayah bawak walaupun membebel. Mintak KFC? Dapat. Mintak roti john? Dapat. Mintak nak makan burger memalam hari? Ayah naik moto pergi beli atau ayah kasik duit suruh die beli. Sume yang die mintak die dapat. Akan tetapi, aku tak rasakan pun yang Anchik sedar yang die merupakan anak manja arwah ayah. Yang die selalu sedar dan selalu ingat bahawa ayah selalu marah pada die. Tapi itu dulu, sekarang ni, mungkin die dah sedar. Al-Fatihah kepada ibubapa kami. 

Jadi, mungkin sedikit sebanyak perkongsian aku ini dapat membuka hati anak-anak dan ibubapa lain diluar sana yang membaca entry ini. Wassalam~