MR. KAYASHIMA

Friday 16 November 2012

Forest of Fireflies~

Salam all...

Aku just bagi review skit pasal cerite yang aku baru tengok tadi...tacing.... Cerita die mengisahkan tentang seorang manusia dengan 'seorang' spirit. Cerita ni best.

Mengisahkan tentang bagaimana seorang kanak-kanak perempuan, Hotaru yang  tersesat dalam hutan lalu bertemu Gin, 'seorang' spirit yang berbentuk seperti remaja lelaki manusia.  Gin pun menolong Hotaru dengan membawa dia keluar dari hutan tersebut. Namun Gin mempunyai satu kelemahan iaitu dia tidak boleh disentuh oleh manusia. Jika dia menyentuh atau disentuh oleh manusia, dia akan hilang. Hilang = Disappeared.

"No matter what, don't touch me Gin."

Semenjak dari peristiwa itu, sepanjang musim panas, Hotaru akan datang ke hutan tersebut untuk bermain-main bersama Gin. Tetapi apabila habis sahaja musim panas, Hotaru terpaksa balik ke rumahnya sebab hanya masa cuti musim panas sahaja dia duduk di rumah pak cik dia.

Setiap tahun pada setiap cuti musim panas, Hotaru akan datang ke rumah pak cik dia. Jadi, hanya pada musim panas sahaja dia dapat bertemu dengan Gin. Perkara ini berlaku tiap-tiap tahun sehinggalah Hotaru masuk sekolah menengah. Apabila Hotaru dah sekolah menegah, Hotaru perasan bahawa Gin xpernah membesar. Umur dan sifat fizikal Gin tetap sama seperti yang dia jumpa waktu kecil dulu.

Berjalan time perayaan musim panas~

Kat sini dapatlah digambarkan bahawa mereka ni jatuh cinta antara satu sama lain namun mereka xboleh bersentuhan. Jika tidak Gin akan hilang.

So, korang rase ape akan terjadi? Rase-rase diorang bercinta x? Kalau nak tau, cariklah cerita ni..tengok... Hahaha... Boleh ke manusia bercinta dengan spirit?

Cerita ni aku bagi 3.5 bintang daripada 5 bintang...yeahhh..

Tengoklah...

Daa~


No comments:

Post a Comment