MR. KAYASHIMA

Friday 7 February 2014

Semuanya ALLAH yang tentukan~

Salam and good day~

Bersawang sudah blog ni..huahuahua..
lame gile x ber-blog-ing. Last sekali tah bpe tahun yang lepas tah..haha

Sebenarnye, xde tujuan pon nak tulis blog ni...cuma sebagai tempat meluahkan perasaan? (Abes yang ko menjerit2 hilangkan stress kat gmh tu ape) Eh, yeke...?? Haha..

Hidup ni xsangka kan... Lepas tadika masuk sekolah rendah, pastu sekolah menengah, pastu matrik atau universiti... Bila nak imbas balik..rase macam kejap je... Tapi bila lalui balik..pehhh...lame kot? Huhu..

Dulu, waktu sekolah menengah, semangat gila aku nak amek aliran sains tulen, bajet nak jadi veterinarian. Tapi, apakan daya...biology ku tersasar ke dalam sungai... After sekolah mengah, masuk la aliran fizik...lucky kot? Huhu.. Lepas tu masuk U bidang sains jugak.. Ingatkan lepas je ijazah memang nak carik keje bebetol... Nak keje, tangung orang pulak... Tapi, apakan daya, ekonomi negara xberapa nak bagus kot? Bak kate supervisor aku la..haha.. Nak cari keje...payah..
So, ak capai je keje yg available... Kerani stor di sebuah pasaraya, 40 min dari gumah aku, naik motosikal ex5. Sanggup? Terpaksa! Kadar gaji di pasaraya yang terletak di bandar lagi tinggi dari pekan-pekan.

3 bulan kerja disitu. Aku masih mencari kerja lain yang, bergantung pada nasib. Malang sungguh, kerja dipasaraya tu, tidak dibenarkan bawa telefon bimbit. Sakit la cmtu... Cuba bayangkan, kerja masuk pukul 9am, tapi pukul 8am dah jalan sebab jauh. Balik pukul 6pm, tapi pukul 7pm baru sampai gumah. Hmm.. Then, macamana orang-orang company ni nak kol aku untuk pergi interview dan sebagainya kalau waktu siang aku xdibenarkan bawak telefon bimbit? (Macam ade je? Wuwuw) Ade la beberapa miskol yang aku dapat. Tapi xkan la aku nak kol memalam buta? Tacing.....

Lepas 3 bulan, aku dapat rezeki lain, sambung belajar. Alhamdulillah.. Selama ni aku xpernah terfikir pon nak sambung belajar... Sekali je aku apply kat U lame aku, jumpe supervisor aku dan kat sini la aku balik...U yang sama... Agak2 berapa tahun lagi aku kat Perlis ni? Huhu...

Semoga aku dapat bertahan dan semoga aku berjaya dalam mengharungi dugaan disini. Amin~
@_@

-Nazira-

No comments:

Post a Comment