MR. KAYASHIMA

Monday 27 May 2013

Ibu bapa yang pilih kasih

Salam semua...hari ni aku nak menceritakan kepada semua tentang ibubapa yang pilih kasih. Aku nak cerita pasal topik ni disebabkan aku mempunyai beberapa orang kawan yang merasakan ibubapa mereka pilih kasih.

Kebanyakkan cerita yang kawan-kawan aku ceritakan, ibubapa mereka selalu mendaluhukan anak-anak yang lain, selalu memarahi mereka, selalu menganggap kehadiran mereka ini menyusah kan. Betul ke? Kenapa boleh terjadi begitu? So disini aku nak kongsikan beberapa teori yang aku fikirkan dan juga cerita mengenai adik aku sendiri. Sungguhpun aku masih belum berkahwin dan menpunyai anak, aku telah membuat permerhatian terhadap kawan-kawan dan ahli keluarga yang lain.

Apa yang menyebabkan ibubapa pilih kasih? Mungkin anak-anak yang lain lebih rajin, lebih pandai dari anak yang dipinggirkan ataupun faktor jantina iaitu sebagai contoh, ibubapa mereka lebih cenderung untuk memanjakan anak lelaki atau anak perempuan mereka? Faktor ini boleh dikatakan mempunyai kebenaran. Kadangkala, anak-anak yang lain memahami situasi ibubapa mereka, menyebabkan mereka peka dengan keadaan sekeliling. mereka tidak meminta wang kalau melihat ibubapa mereka kesempitan wang, ataupun mereka membantu membuat kerja-kerja rumah seperti menyidai baju, melipat kain untuk meringankan beban ibubapa yang mencari rezeki. Jadi, pertama sekali, anak yang dipinggirkan perlulah memikirkan, mengapa mereka tidak begitu digemari ibubapa. Cuba ambil hati mereka dengan membantu ibubapa dan selalu menghiburkan hati mereka. Mungkin dengan ini anak-anak yang dipinggirkan dapat melembutkan hati ibubapa dan membuatkan ibubapa memberikan perhatian kepada mereka.

Akan tetapi, berdasarkan cerita yang aku dengar dari kawan-kawan yang lain, alasan mereka kerana selalu dimarahi amat tidak munasabah. Anak meminta duit untuk membeli ubat tetapi tidak dapat walhal baratus ribu telah dihabiskan untuk renovate rumah. Setelah mendengar cerita itu, aku terdiam tidak dapat memberikan sebarang pujukan. Mungkinkah aku patut mendengar penjelasan ibubapanya terlebih dahulu sebelum menyimpulkan situasi sebenar. Tapi, mana mungkin aku dapat bertanya kepada ibubapanya tentang soal itu. Disebabkan selalu terjadi demikian, anak itu merancang untuk duduk berjauhan setelah dapat berdikari sendiri. Berjauhan iaitu merantau dinegeri orang kerana rajuk. Aku menasihati dia, supaya jangan begitu kerana aku sendiri telah kehilanga ibubapa, jadi aku amat faham maksud ketiadaan mereka. Menangis sepanjang malam pun tiada guna..hanya rindu menebal. Akan tetapi, aku tahu diakhirat nanti aku akan bertemu juga dengan mereka. Bila ade hendak jauh, bila tiada nanti..hmm.. Jadi, aku hanya dapat menasihati kawan aku itu supaya banyak-banyaklah bersabar. Ustaz aku pernah berkata bahawa sabar itu tiada hadnya. Orang yang sabar disayangi Allah dan mungkin suatu hari nanti Allah akan membalas kesabaran mereka? Mungkin sahaja yang dapat aku katakan. 

Dalam keluarga aku, pernah juga terjadi situasi seperti ini. Adik lelaki aku yang dipangil Anchik dari kecil lagi telah dimanjakan arwah mak aku. Sifatnya yang nakal dan suka membuli adik bongsunya masih membuatkan dia adalah anak kesayangan arwah mak aku. Bila aku tanyakan kepada arwah mak dulu masa kecik-kecik "antara adik beradik kite, mak sayang siapa lebih?" Arwah mak menjawab mana dia ade sayang sesiapa lebih, semua dia sayang sama rata. Namun kami dapat rasakan yang adik lelaki aku disayangi lebih. Perkara ini tidak membuatkan kami cemburu kerana kami juga sayang kepada Anchik disebabkan badannya yang bulat dan comel. Mase kecik sehingga sekarang dia masih bulat (haha..jangan marah ye Anchik). Cume apabila besar, kecomelannya berkurangan berganti dengan 'ke-macho-an' pula. Hari peninggalan mak, umurnya baru 8@9 tahun.  Die demam, seminggu duduk termenung, tidak bermain seperti biasa. Buli adiknya pun tidak. 

Setelah kami besar, kakak-kakaknya dan abangnya merantau di negeri orang. Adik bongsunya pula tinggal di asrama. Jadi, yang ada dirumah hanya arwah ayah dan dia. Dia selalu mengadu bahawa ayah sering pilih kasih, memarahi, tidak sayang kepadanya. Apabila aku balik cuti, memang aku lihat macam ada kebenaran. Tapi lama-lama kemudian, aku sedar bahawa Anchik juga merupakan anak manja kepada ayah aku. Kenapa? Sebenarnya, ayah selalu marah die bukan tanpa sebab. Kadang-kadang sebab kucing-kucing aku yang banyak yang aku tinggalkan untuk die jaga. Kadang-kadang disebabkan dia tak membantu ayah menyidai kain baju. Semua kemarahan ayah ade sebabnya. Bagaimana aku tahu dia merupakan anak manja ayah? Pada pandangan aku, memang dialah anak manja ayah, peneman ayah, berbual-bual dengan ayah adalah perkara normal untuk mereka. Apa yang die mintak, semua dia dapat. Mintak game yang berharga ratus-ratus? Dapat. Mintak ayah bawakan pergi beli cd game? Dapat. Game rosak, mintak ayah bawak pergi kedai untuk betulkan? Ayah bawak walaupun membebel. Mintak KFC? Dapat. Mintak roti john? Dapat. Mintak nak makan burger memalam hari? Ayah naik moto pergi beli atau ayah kasik duit suruh die beli. Sume yang die mintak die dapat. Akan tetapi, aku tak rasakan pun yang Anchik sedar yang die merupakan anak manja arwah ayah. Yang die selalu sedar dan selalu ingat bahawa ayah selalu marah pada die. Tapi itu dulu, sekarang ni, mungkin die dah sedar. Al-Fatihah kepada ibubapa kami. 

Jadi, mungkin sedikit sebanyak perkongsian aku ini dapat membuka hati anak-anak dan ibubapa lain diluar sana yang membaca entry ini. Wassalam~

No comments:

Post a Comment