MR. KAYASHIMA

Wednesday 15 May 2013

Jalinan Kasih di Baling, Kedah - 11 Mei 2013

Salam...
Sabtu lalu, 11 Mei 2013, kumpulan yayasan Bantuan Tunku Abdul Rahman UniMAP (BTAR UniMAP) mengadakan satu program amal di Rumah Anak Yatim dan Miskin Aman, Baling Kedah. Program disertai 18 orang ahli BTAR (sepatutnya 20 orang) dan kami menjemput 19 orang ahli Kelab Penyayang UniMAP. Anak-anak dirumah itu berjumlah 27 orang sahaja.

Program seperti ini sememangnya program yang pertama pernah aku ikuti. Jadi, lepas ni, bolehlah aku ikut serta lagi. Untuk program yang pertama pernah kami anjurkan, mungkin ianya satu program yang memuaskan. Hehe..(masuk bakul angkat sendiri). Tapi, disebab aku sudah di tahun akhir, semester akhir, mungkin setakat inilah jelah. 

Di rumah itu, kami adakan program aktiviti indoors seperti kerusi muzik, lukisan karat dan kotak beracun. Pada sebelah petangnya, kami membawa penghuni rumah itu yang berumur diantara 7 tahun hingga 17 tahun pergi ke kolam air panas di Baling. Memang seronok dapat pergi ke tempat itu dengan mereka. 

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat kami rakamkan :)

Kami sampai pukul 1 pm disebabkan sesat. Sesampai sahaja, kami dijamukan dengan makanan dan solat zuhur.


Selepas solat, kami memulakan permainan. Ini adalah salah satu permainan yang dijalankan iaitu kerusi muzik.


Acara penyampaian hadiah utuk setiap kumpulan. Ini wakil sahaja, si kembar comel. :)

Bergambar di depan pintu masuk kolam air panas.

Si baju merah hadapan, si bertutup litup di belakang 2 orang ini adalah antara ahli BTAR dan Kelab Penyayang.

Kawasn kolam air panas. Baru pukul 6 pm, so orang xramai lagi time ni.

Masuk kolam air panas waktu siang..haha...best..trylah...
Selepas itu, kami menghantar penghuni rumah itu ke asrama mereka dan kami pun memulakan perjalanan pulang ke UniMAP. Jadi, sekian sahaja cerita saya kali ini. Semoga dapat kami dapat mengikuti program-program seperti ini lagi. 

Wassalam~

No comments:

Post a Comment