MR. KAYASHIMA

Tuesday 22 May 2012

C4 Bomb

                                                                SALAM                                                                                
Sabtu yang lepas, mase aku g KEMUDA itu, aku telah bermain satu permainan yang kalau nak diikutkan, macam mengarut, tapi ianya permainan yang menguji minda jugaklah..haha.. Permainan itu dinamakan C4 BOMB! 
Players position in a group

Permainan memerlukam dua gelung besi yang saiz diameternye kecil sedikit dari saiz diameter bola tenis, sebijk bola tenis dan 8 utas tali yang panjangnye lebih kurang 3 meter. Satu daripada gelung berikut perlu di ikat tali seperti gamba diatas (sungguh pun gambar diatas tidak berapa senonoh sikit..haha) dan satu lagi diletakkan di atas kertas. Permainan memerlukan lebih kurang 8 hingga 10 orang pemain dalam sesuatu masa. 8 orang digunakan untuk memegang hujung tali (kalau xpegang hujung, kira menipulah), 1-2 orang lagi diperlukan untuk memberi arahan kepada pemain-pemain yang lain. 

C4 bomb adalah sejenis bahan letupan yang agak merbahaya (cube cite sikit bahan letupan ape xberbahaya?). Jadi permainan ini merujuk kepada bola tenis yang dianggap sabagai C4 bomb dan pemain-pemain mestilah berhati-hati supaya tidak menjatuhkan bola tenis tersebut. Kalau x, 'meletuplah' semuanya..HAHAHAHA!


Cara permainan (Mase aku main Sabtu lepas):

1- Ade 12 group semuanya (setiap group ade10-11 orang). Starting point semuanya adalah di luar bangunan.
2- Semua pemegang tali dikehendaki memegang hujung tali dan ketua akan meletakkan bola tenis di atas gelung besi yang telah diikat itu. Jangan bagi bola jatuh!
3- Semua kumpulam mesti berebut masuk ke dalam bangunan dan mencari gelung besi yang lagi satu tu yang diletakkan di atas kertas bertulis nombor kumpulan masing-masing. 
Tali bersilang-silang sebab banyak group yang masuk berebut..haha

(Tapi dalam gambar aku just bezakan dengan warna. Berebutlah seratus lebih pemain2 tu masuk menggunakan 2 pintu sahaja.)
4- Kalau bola jatuh, sila ke starting point semula untuk mulakan permainan balik.
Players position with all groups
5- Sampai di point masing-masing dalam bangunan, player akan pindahkan bola tenig yang di usung tadi tu ke gelung yang berada di atas kertas tu tanpa menggunakan tangan.
6- Jika tak berjaya, sila ke starting point sampai berjaya.
7- Caranya: 6 orang ke belakang dan 2 orang kedepan. Orang-orang yang dibelakang perlu mengakat tali keatas secara perlahan-lahan manakala 2 orang dihadapan perlu turunkan tali secara perlahan-lahan sehinggalah bola jatuh ke gelung lagi satu. Kalau bolah jatuh, tapi xmasuk gelung, silalah ke starting point semula..hahaha...

Dalam game ni, perlu banyak ikot cakap ketua. Setiap orang pon kenelah ade sefahaman yang sama. Kalau x, asyik ke strating point ajelah kejenye..hahaha..
Daa...ini jelah cerita aku pasal C4 BOMB! TQ for reading..hehe..


No comments:

Post a Comment