MR. KAYASHIMA

Tuesday 22 May 2012

Aku Ditembak Di Kepala!!!!!

                           SALAM                             
19 Mei 2012 yang lepas, aku telah bermain satu permainan yang bernama Paintball di Teratak Malaya, Kampung Janda Baik, Pahang. Permainan disertai seramai 40 orang iaitu 20 lawan 20. Pasukan merah lawan biru. Aku pasukan merah..my fav colour! Hehe.. Permainan adalah mengumpul mata dari kad-kad yang dikumpul dari tengah kawasan pertempuran. Permainan adalah dalam mase 40 minit, dan tiada limit pellet! Bila pellet habis kitorang boleh pergi ke starting point untuk isi semula pellet. Jangan kene tembak mase isi pellet sudahlah..haha.. Permainan kene tembak mati, tapi boleh hidup semula..hahaha.. First round, aku dan beberapa rakan lain masuk. Tembak-punye tembak, tibe-tibe aku rase kepala aku sakit. Aku pegang kepala aku, basah. Pastu aku tengok kat tangan yang aku pegang kepala aku tadi, kuning! (Bajet darah la tu..haha) Maksudnya aku dah 'mati'. Marshall tu pon jerit, "Yang baju merah tu, angkat tangan dan lari ke belakang". Aku pon ikot jelah ape yang marshall tu cakap. Wuwuwuwu..baru main kejap dah 'mati'.. Tunggulah kejap lagi.. 
AKu tak sabar nak tunggu wave yang kedua yang bermaksud aku boleh masuk main semula dalam beberapa minit kemudian. Then, second wave pon tibe, aku pon masuk semula untuk membalas dendam terhadap 'kematian' diri sendiri..HAHAHAHA! Memang, aku dah gila menembak sampai habis 40 minit tu aku masih hidup lagi! (cam xpercaye je..) Hahaha! 
Lagi-lagi satu team dengan Student UPNM kan. Bersemangat wajalah kami-kami ni... Lepas je main Paintball, dengan baju2 berdakwat kuning ni aku dan beberape orang yang lain terjun kedalam sungai. Hahaha..best sungguh!!!


Ini adalah gambaran padang pertempuran tu...wat2 paham jelah eh..hahaha



No comments:

Post a Comment